Welcome To My Life...

Sunday, June 1, 2014

Dapur Berasap

Assalamualaikum.

Akhirnya, dapur kami berasap jua. Lepas seharian berkampung di UKM untuk Konvensyen Kepemimpinan Muda Islam Kebangsaan 2014, Chef Ipan meluangkan masa untuk membakar ikan. Sudah sekian lama sejak kali terakhir dia memasak. 

Pagi tadi aku ke Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ipan dan beberapa orang rakan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Aku puji penganjuran kali ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Biro Tatanegara (BTN). Aku tak nak cerita panjang tentang program tersebut yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Nanti terlebih panjang.

---------------------------------------------------

Hari ni Chef Ipan sediakan hidangan istimewa.


Besar ikan tilapia ni. Diberikan oleh orang yang sama yang jamu kami makan dalam entri ni. Chef buat ikan bakar pulak. Memang best.


Sayur untuk membantu proses pencernaan.


Keropok sebagai hidangan sampingan.

----------------------------------

Alhamdulillah. 
Walaupun tak percuma, 
tapi dapur kami berasap jua.



Sri Petaling
2115
01/06/2014


1 comment:

Khamsi Abdullah said...

Amboih..ikan bakar trusss

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif