Welcome To My Life...

Saturday, October 8, 2011

Belasah Balik


Assalamualaikum..

Petang semalam aku keluar nak beli makanan.. tetiba aku tengok bilik TV rancak semacam.. aku buat tak kisah.. bila tengok ramai sangat, aku jadi teruja nak tau kenapa diorang jakun sangat.. tak pernah lagi perlawanan EPL disiarkan pada waktu petang.. rupa-rupanya pasukan Malaysia beraksi.. cis.. macam mana aku boleh tak tahu? Nie lar padah tak baca akhbar.. the end.. oh tidak! Cerita baru bermula..

Ini bukan cerita hikayat seribu satu malam.. emm.. merumuskan aksi Malaysia semalam dan merujuk komen bahawa pemain Malaysia "longlai", aku simpulkan Malaysia perlu belajar lebih tekun untuk menyaingi pasukan seperti Australia yang berada di ranking ke-19 dunia.. masa aku tengok semalam, dah 3-0.. aku tak harapkan apa-apa memandangkan kita berada di ranking ke-147 dunia.. walaupun beraksi dalam cuaca sejuk di Australia, lihatlah bagaimana pemain mereka begitu tenang dan selamba membuli pemain-pemain kita dengan hantaran yang pantas dan kemas.. itulah yang perlu kita lakukan.. pemain kita lambat dan takut untuk mencuba.. beraksilah seperti S. Kunanlan dan Wan Zaharulnizam.. pantas dan berani..

Bahagian pertahanan perlu dipandang serius.. aku dah tengok video perlawanan itu yang berkesudahan Australia membelasah Malaysia 5-0.. ya, tidak dinafikan kita memberi tentangan.. ada gempuran ke gawang lawan.. tetapi jaringan-jaringan mereka terlalu mudah.. bagaikan Australia menentang Timor Leste.. pertahanan terlalu manja dan bersahaja.. walaupun cuma perlawanan persahabatan, anggaplah seperti final Piala Dunia.. itulah masalah utama yang perlu difokuskan.. MENTALITI..

Okey lar, aku tak nak jadi Shebby Singh.. semoga K. Rajagobal terus berjaya memajukan bola sepak negara.. aku tak sabar nak lihat hasil yang gemilang.. majulah bola sepak demi negara.. aku akan sentiasa berdiri di belakang pasukan negara walaupun aku sorang jer yang tinggal.. Malaysia Boleh!












p geletek s : Macam pengkritik bola pulak..


2 comments:

Run Away said...

sampai 5 malaysia kena...kah...;s

M Fizan said...

@Run Away learn from experience :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif