Welcome To My Life...

Saturday, November 19, 2011

Harimau Mengaum

Rakyat Malaysia melonjak riang

Assalamualaikum.. salam sejahtera..

Rakyat Malaysia pasti berada dalam mood ceria seperti aku selepas pasukan bola sepak negara membenam Myanmar 1-0 untuk mara ke final Sukan Sea 2011.. insyaAllah.. pingat emas yang dimenangi di Laos 2009 akan dapat dipertahankan.. sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pemain negara yang berjuang habis-habisan walaupun pengendali mereka, Ong Kim Swee berada di tempat duduk penonton kerana digantung.. semangat perwira yang dipamerkan sangat mengagumkan.. walaupun pada awalnya diasak bertubi-tubi oleh Myanmar, akhirnya Ahmad Fakri Saarani menolak masuk dengan tenang untuk membawa pasukan Malaysia ke pentas akhir..

Gemuruh jugak aku tadi.. aku pasti seluruh rakyat Malaysia pun begitu.. Malaysia ditekan pada babak permulaan.. lama-kelamaan barulah Malaysia mendapat rentak.. babak kedua aku rasa permainan lebih baik.. dan syabas buat Izzaq Faris Ramlan yang memberi impak walaupun masuk hanya lebih kurang lima minit.. menggantikan Syahrul Azwari, Izzaq bertanggungjawab menggerakkan gol tunggal Malaysia.. berbekalkan susuk tubuh yang tinggi dan kuat, Izzaq berjaya melepasi kekangan benteng Myanmar dan melakukan hantaran lintang yang menimbulkan kelam kabut di depan pintu gol sebelum Ahmad Fakri muncul dari belakang dan menolak bola ke gawang..

Izzaq tercedera akibat terjahan keras pemain Myanmar.. harapnya tidak serius.. ketika aku menaip entri ini, Indonesia baru mendahului Vietnam 1-0.. perlawanan ulangan peringkat kumpulan nampaknya akan berlaku.. tahniah Ong Kim Swee.. aku mendoakan kejayaan pasukan negara.. insya-Allah..












p sepak s : Malaysia boleh!


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif