Welcome To My Life...

Saturday, November 19, 2011

Prebiu Malaysia vs Myanmar


Assalamualaikum.. salam sejahtera..

19 November 2011.. Sabtu.. 4.03 petang.. suasana ceria menanti sepak mula Malaysia menentang Myanmar lebih kurang 40 minit lagi.. semi final acara bola sepak temasya Sukan Sea 2011 di Indonesia.. Malaysia, negaraku tercinta, juara bertahan acara ini dan layak daripada Kumpulan Maut melibatkan Indonesia, Thailand dan Singapura.. Myanmar, lawan yang tidak asing lagi, layak daripada kumpulan yang agak mudah.. di atas kertas, Malaysia memiliki peluang cerah 60-40 untuk membenam cabaran Myanmar dan seterusnya mara ke pentas akhir, berkemungkinan bertemu tuan rumah, Indonesia, sekali lagi.. dalam peringkat kumpulan, Malaysia mengatasi pasukan kedua tuan rumah 1-0 hasil ledakan tunggal Syahrul Azwari..

Walaupun ramai yang mengatakan Malaysia boleh 'makan' Myanmar, para pemain seharusnya berwaspada.. mungkin agak mudah jika dilihat rekod lampau.. tetapi dalam bola sepak, sejarah adalah sekadar masa lalu.. yang penting adalah masa kini.. pasukan yang beraksi lebih baik pada hari perlawanan akan menang.. tetapi juga dibantu faktor tuah dan takdir.. sejarah adalah sejarah.. kita boleh mengambil kira faktor rekod.. tetapi prestasi pada hari perlawanan adalah penentu kemenangan..

Malaysia memiliki barisan belakang yang berwibawa.. ditunjangi Khairul Fahmi Che Mat antara dua tiang gol.. barisan pertahanan di hadapannya dianggotai Mahalli Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Asraruddin Putra Omar.. namun sejak kebelakangan ini, pertahanan negara longlai dan lalai.. bermurah hati membiarkan penyerang lawan menyelinap di belakang mereka.. aksi menentang skuad kedua Indonesia wajar dielakkan jika mahu mempertahankan pingat emas.. bukan kita tidak mampu.. pada satu ketika, barisan pertahanan negara begitu mantap.. prestasi Fadhli dan Muslim sedikit merosot.. mujur Khairul Fahmi masih cemerlang biarpun dilanda ribut kontroversi..

Barisan tengah negara dilihat mantap dengan adanya pemain-pemain dengan skil yang boleh dibanggakan.. teknik semakin meningkat.. hantaran-hantaran semakin bagus.. Fandi Othman, K. Gurusamy, Wan Zaharulnizam, semuanya menampilkan aksi bertenaga.. Fandi dengan skil tingginya.. dan pemain berusia 17 tahun, bakal bintang bola sepak negara, Nazmi Faiz, dengan ketenangannya mengemudi jentera tengah yang menjadi nadi penggerak kepada serangan pasukan kebangsaan.. jeneral padang ini jika digilap, pasti menjadi mutiara yang sangat berharga untuk sukan bola sepak negara..

Setakat ini barisan serangan masih mampu menghasilkan gol.. tetapi purata gol jika dibandingkan serangan agak mengecewakan.. penyudah tumpul perlu diperbaiki.. Malaysia bukan tidak boleh melakukannya.. jaringan kemenangan Izzaq Faris Ramlan menentang Thailand sangat mengagumkan.. larian tenang Syahrul Azwari meledak gol menentang Indonesia juga wajar dipuji.. Baddrol Bakhtiar, kapten yang konsisten menghasilkan jaringan buat skuad negara termasuk gol jarak jauh memperdaya penjaga gol Kemboja.. semuanya berkualiti tinggi.. tetapi deretan peluang yang dilepaskan Syahrul Azwari menentang Singapura dan Izzaq Faris ketika menentang Indonesia tidak patut diulangi..

Detik sepak mula semakin hampir.. semoga berjaya Harimau Malaya.. selamat berjuang.. kami seluruh rakyat Malaysia mendoakan kemaraan anda.. perwira, bertarung gagah berani.. jangan gentarkan mati..












p peluk s : Patriotik..


2 comments:

Far8 budak baik said...

lawan mynmar pun menang...
perghhhhh

M Fizan said...

@Far8 budak baik tu baru malaysia.. kalau tak, nama dia team kemboja.. haha

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif