Welcome To My Life...

Tuesday, July 2, 2013

ALM Annual Grand Dinner : Part I


Alhamdulillah, aku telah diizinkan Allah untuk menghadiri majlis makan malam batch ALM12. Acara diadakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) di Holiday Inn Glenmarie. Aku membuat keputusan untuk menghadiri acara ni memandangkan aku ada class trip pada hari Ahad minggu hadapannya. Kebiasannya, aku akan terus pulang pada hari kertas peperiksaan terakhir tamat. Dan kertas terakhir yang aku jawab adalah Unit 5 Kimia tanggal 19 Jun.

Untuk acara ni juga, aku telah mengorbankan RM50 duit aku yang berharga. Sobsob. >.< Lebih mengecewakan, ura-ura mengatakan ada yang hadir pada malam tersebut tak bayar duit. Ini tidak adil! Eh, tu cuma khabar angin. Aku tak tuduh sesiapa. Tak elok buruk sangka tau... Ekceli diorang datang malam tu tumpang makan makanan kawan-kawan yang bayar. Kira aci eh?

Oh, lupa. Selepas solat Jumaat, aku sebenarnya tak buat apa-apa persiapan untuk ke majlis. Aku keluar dengan Mister Zul (bukan nama sebenar) mencari Pelangi (juga nama samaran) untuk dijadikan bukti. Bukti kes? No comment. Dari Kompleks PKNS, ke SACC Mall, kemudian ke Plaza Alam Sentral. Tidak berakhir di situ, menuju pula ke Masjid Negeri. Dan patah balik ke Kompleks PKNS. What an experience. ^_^

Aku hanya sampai di bilik selepas Asar, lebih kurang jam 5.30 petang. Bas pertama untuk ke lokasi majlis akan tiba pada jam 6 petang. Syukurlah dah rancang dengan beberapa orang rakan untuk naik kereta. Sepantas kilat gosok baju kemeja untuk acara sekali seumur hidup. Fik-ran (nama timangan) menjadi pemandu untuk aku, Hafiz, dan Anwar. Bas belum sampai lagi ketika kami sampai di tempat kejadian. Kitorang yang terawal. Dewan majlis pun masih dalam persiapan.

Anwar yang akan membuat persembahan dapat jadi orang pertama uji gitar. Aku tak buat persembahan tapi menemani Anwar selaku penonton yang berwibawa. Dewan masih kosong. Selepas tu, kitorang pun bersiar-siar di perkarangan lobi hotel. Tetamu mula datang secara beransur-ansur. Dan... rakan-rakan express yang langkau satu semester sampai. Terubat rindu nak tengok diorang. Sajid, Arman, Ehsan, Mok. Semua mereka ohsem. Bakal doktor yang berkaliber.

Bla bla bla. Dipendekkan cerita, acara bermula selepas solat Maghrib. Malangnya, acara gagal mengikut jadual. Semuanya terlewat. Aku pun tak tahu kenapa. Dimulakan dengan ucapan bekas presiden jawatankuasa ALM, dituruti ucapan VVIP (lupa pulak siapa dia). Seterusnya, beberapa persembahan untuk menghiburkan kami semua sambil kami menikmati juadah yang berharga RM120 untuk satu kepala.

Persembahan menonjol malam tu dari geng INTEC House Mafia dengan persembahan dikir barat mereka. Juga Marsaid, Adib, dan Anwar dengan medley beberapa lagu. Marsaid dengan M. Nasirnya. Adib dengan Beetlesnya. Anwar dengan lagu omputehnya. Haizz. Lepas tu ada sorang budak Cina medley empat lagu bahasa Cina. Masa tu aku makan sambil mengomel. At least bagi lar aku faham sambil makan.

Makanan malam tu memang puas hati. Tengok harga lar kan. Ada tujuh jenis kalau aku tak silap, termasuk pembuka selera dan pencuci mulut. Menu memang dah diberi tapi aku tak bawak buku nota untuk salin. Yang aku ingat sup ikan, ayam bakar dan nasi goreng isi ketam. Macam menu Restoran Nobita kan tapi ni taraf lima bintang. Ada jugak sayur sebelum nasi goreng sampai sebagai menu utama. Masa nasi goreng sampai tu dah dekat jam 10 malam. Lambat sangat....

Aku cuma tak suka dengan kuantiti makanan. Bayangkan satu meja bulat tu tujuh, lapan orang. Semua lelaki yang kelaparan. Can you imagine? Boleh pulak dia bagi semuanya satu pinggan besar saja untuk dikongsi. Memang berebut lah. Sekor ayam bakar tu kejap je licin. Kesian Marsaid dan Adib yang semeja dengan kami. Dapat sikit je. Itu pun kami simpan. Bahagian yang lain disapu bersih. 

Yang geramnya, meja pompuan membazir. Nasi goreng dari meja diorang banyak lebihan. Bukan lar nak suruh lelaki duduk semeja dengan pompuan. Sepatutnya bagi sikit je nasi goreng kat diorang. Haha, kejam! Dengar cerita lagi, meja budak Cina banyak lebihan nasi goreng jugak. Meja budak Melayu pulak banyak lebihan sayur. ^_^

Apa yang best, layanan memang first class. Pelayan lelaki yang aku tak tau warganegara mana memang bagi layanan yang sangat baik. Gelas yang kosong akan diisi semula. Bayangkanlah, aku belum sedia nak makan, dia dah letakkan napkin atas riba. Aduii, aku dah lar kena bagi sijil selaku class rep yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sebenarnya, cerita panjang lagi. Tujuh ratus entri pun tak cukup. Belum cerita anugerah dan sebagainya. Malas lah. Lupa pulak, persembahan Aliff Aryl malam tu memang ummphh. Tuju lagu kat someone special tu. Aku dah tau siapa. Gerangan si gadis kat meja sebelah je. Dikerumuni rakan-rakannya yang tahu kisah mereka. ^_^

Sedikit gambar untuk mengakhiri bahagian pertama. 



Ini lah incik pemandu, Fik-Ran (bukan nama penuh).


We are doctor-to-be. Tapi kami tak skema!

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi aku simpan untuk entri akan datang sebab aku nak sambung celoteh nanti. Kalau sambung dalam entri ni, jadi panjang sangat. Aku nak baca balik pun boleh pengsan. Huihui.

Selamat malam.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif