Welcome To My Life...

Saturday, July 6, 2013

Trip to Perak : Part 3


Selepas kempunan tak dapat naik Bukit Larut pada sebelah pagi, kami bersedia untuk ke Ulu Kenas. Nak mandi sungai. Tapi singgah sebentar di Taman Tasik Taiping. Alang-alang dah sampai Taiping kan. Tak dapat naik Bukit Larut, tak kan lar nak merajuk sampai kena telan batu belah bertangkup. ^_^ Kak Nas ajak solat sunat dhuha. Waktu tu lebih kurang jam 10.30 pagi, atau tak sampai lagi. 

Tapi, tak ada tandas untuk berwuduk. Air tasik ada tapi.... taman tasik tu jadi saksi kami bergambar. Aku tak kan lupa bila Fatima dengan konpiden mengatakan biawak air sebagai kura-kura. Haiwan tu panjang, meluncur air. Kalaupun bukan biawak, aku tak rasa kura-kura. ^_^

Zul, Adib, aku, Ipan, Syahid, dan Azri

Semuanya muka hepi je, tak macam masa exam. Zul jangan cakap lar. Muka dia memang selalu macam tu. Hoho.


Atas: Yana
Bawah (dari kiri): Ada, Fatima, Meera, Kak Nas, Fani

Muslimah 12M5 (kecuali Fani) sampai Taman Tasik Taiping pulak. Yana memang suka panjat-panjat. Bukan apa.... kalau kat bawah, dia 'tinggi' sangat. ^_^ Haaa, Meera tu la pemandu bertauliah yang sangat berhemah. Pemandu tak bergaji. Moga Allah membalas dengan pahala.

Destinasi seterusnya, Hutan Lipur Ulu Kenas, di Kuala Kangsar. Patah balik dari Taiping. Sangat meletihkan. Sampai jam 11 lebih. Ada yang solat dhuha di surau, dan ada yang solat atas tanah. Air sungai di Ulu Kenas memang puas hati. Sejuk dan nyaman. Sumpah! Sejuknya sampai ke tulang. Kali pertama menjejakkan kaki dalam air, memang menggigil.

Rendam satu badan dalam air, memang sangat dingin. Hilang penat dalam perjalanan. Lupa sekejap rasa letih. Memang nikmat! Masih terbayang kesejukan airnya yang macam diletakkan ais berkilo-kilo. Subhanallah. Dapat lar kami berendam seketika. Kak Nas dan Fani tak mandi. Rugi....


Aku dan Zul. Sangat terhutang budi dengan budak ni. Sahabat yang sangat baik hati dan pemurah. Aku takkan lupakan jasa dia. Masa ni dia dengan aku je yang memang seronok berjimba dalam air. Yang lain, macam nak tak nak je. Aku pun 60%. Tapi Zul 94%, sangat menikmati saat mandi sungai. ^_^ Ada banyak lagi gambar. Tapi bukan untuk tontonan umum.

Lebih kurang jam 11.50 pagi, kami ada sesi luahan rasa. Kononnya sesi M5 Confessions. Masa nak melepaskan apa yang terbuku di hati. Aku memang tak nak cakap pada mulanya. Tapi.... memandangkan dah ada peluang, aku cakap jugak. Klise. Mintak maaf, terima kasih. Dan ada lar sepatah dua tiga empat kata untuk rakan-rakan sekelas. Ramai jugak yang mengambil peluang untuk bersuara.

Selepas salin baju, kami akan menuju ke rumah Farid Ibrahim yang nak menjamu kami. Semasa datang ke Ulu Kenas, aku naik kereta Myvi Meera. Kak Nas dan Fani asalnya naik Unser Syahid. Tapi entah macam mana, Kak Nas dan Fani yang dari Shah Alam naik Unser dipindahkan ke Myvi. Aku dan Adib pulak dapat naik Unser. Dan betapa bertuahnya....

Unser Syahid sampai dulu kerana ketokohan Syahid memintas lori di jalan raya. Tokoh lar sangat kan. ^_^ Dua lagi Myvi sampai lambat sikit. Perjalanan ke rumah Farid dari Ulu Kenas mengambil masa satu jam. Kami sampai selepas jam 1.30 petang.

Alhamdulillah, kitorang dapat serang dulu! Memang sedap hidangan untuk tengah hari tu. Nasik briyani ayam dengan gulai kambing. Perghh! Mantop! Baik sungguh hati tuan rumah.


Dua lagi kereta sampai sedikit lewat, lebih kurang jam 2 petang. Kami makan dalam keadaan kelam kabut dan tergesa-gesa. Kami mengejar masa. Nak naik Bukit Larut sepatutnya jam 3 petang. Kalau kira tempoh masa perjalanan ke Taiping, mungkin tak sempat. Jam 2.15 petang, Unser Syahid menuju ke Taiping membawa bersama Farid Ibrahim.

Kami di rumah Farid sempat lagi bungkus. Cik Ada tu lah. Nak tapau pengat pisang. Adib tapau karipap. Aku dan Fatima tapau kek coklat. Sedap kot.... Kek coklat yang mak Farid buat memang terbaik lar. Sedap. Mak Farid punya lar baik. Siap bagi plastik untuk kami tapau. Bagi sudu lagi. Macam kedai. Terima kasih lar untuk Farid dan ibu bapanya yang menjamu serta melayan kerenah kami sebagai tetamu. Moga Allah merahmati kalian....

Kami dah terlewat. Kami takkan sempat sampai sebelum jam 3 petang. Memang tak sempat. Lalu apa yang terjadi? Dapatkah kami naik Bukit Larut seperti yang diinginkan?



-BERSAMBUNG-


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif