Welcome To My Life...

Friday, July 5, 2013

Mesir Bergolak


Ya, semalam hari lahir Datuk M. Nasir. Semalam juga seorang presiden yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi digulingkan. 4 Julai 2013, detik hitam dalam sejarah kebangkitan Islam. Mohamed Mursi, presiden yang dipilih oleh rakyat Mesir melalui pilihan raya. Selepas tempoh 48 jam diberikan oleh tentera untuk beliau berundur, rampasan kuasa berlaku.

Jatuhnya Mohamed Mursi bererti tumbangnya seorang hafiz al-Quran yang baru setahun memerintah bumi Mesir yang zaman dahulu kala diperintah Firaun. Seorang presiden yang cuba menegakkan syariat Islam dalam pemerintahan. Seorang presiden yang dalam usaha membebaskan Gaza dari penjajahan Yahudi. 

Apa yang menyedihkan, khabarnya Sheikh al-Azhar menyokong rampasan kuasa tersebut. Satu perkembangan yang teramat mengecewakan. Selaku orang yang diberi amanah memegang hal agama, sokongan ke atas kezaliman tak sepatutnya berlaku. "Janganlah kamu cenderung ke arah kezaliman, nanti kamu disambar api neraka." Aku tak nak komen lebih. Mungkin dia dipaksa dan nyawanya diancam.

Tapi ulama al-Azhar menentang keras rampasan kuasa oleh tentera. Ketua tentera tersebut dipilih oleh Mursi sendiri. Sangat hina apabila ketua itu membelakangi presiden dan menyokong Zionis laknatullah. Ulama al-Azhar menjunjung kain kafan dan bersedia untuk mati syahid mempertahankan kerajaan Presiden Mursi. Para mujahidin bersedia untuk gugur menentang kezaliman.

Malangnya, media arus perdana di seluruh dunia menggambarkan Mohamed Mursi sebagai diktator yang zalim seperti Bashar Assad, Saddam Hussein, dan Muammar Gaddafi. Ini tidak benar! Mursi bukan diktator! Penentangnya adalah dari kalangan puak Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Mereka mendokong kezaliman Bashar laknatullah di Syria. 

Dengar kata TV3 melabel Mursi sebagai diktator. Dan RTM2 memuji kejayaan rampasan kuasa oleh tentera. Aku tidak menuduh. Tapi media arus perdana ini memutar belit fakta! Situasi sebenar di Mesir telah disorok dan diolah untuk menjadikan imej Mursi sebagai seorang yang wajar ditumbangkan. Gila!

Doa dan solidariti untuk Presiden Mohamed Mursi. Pray for Egypt. Mesir terletak di lokasi yang sangat strategik untuk menguasai dunia Arab. Itulah sebabnya Zionis begitu benci dengan kerajaan Mursi. Presiden ini dipilih secara sah... Presiden ini pilihan rakyat.

Moga Allah menurunkan bantuan-Nya untuk menghancurkan musuh Islam. Berdoalah untuk saudara kita di Mesir.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif