Welcome To My Life...

Tuesday, July 2, 2013

Blessing From God



Entri kali ni aku nak cerita pasal sorang saudara yang aku sayang kerana Allah. Namanya Kifli. Tu bukan nama sebenar. Nama dia Zulkifli ON. Lebih kurang begitulah nama yang dia pilih untuk diabadikan di belakang t-shirt kelas.

Aku mula kenal mamat ni semasa program pendedahan kerjaya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Satu program untuk bakal-bakal pelajar A-Level Medicine yang akan mendaftar di INTEC. Sekarang aku telah pun menjadi bekas pelajar. Cerita ni dua tahun lepas. Masa program tu aku tak berapa cakap sangat dengan dia.

Kami sama-sama masuk INTEC. Takdir kami terpisah. Dia di kelas M1, dan aku M5. Semester pertama, kami jarang bertemu. Bermula sem kedua, dia dipindahkan ke M5 kerana M1 dijadikan kelas pelajar cemerlang ekspres yang akan langkau satu semester. Sejak itu kami menjadi rakan sekelas.

Tapi sejujurnya, aku tak berapa rapat dengan dia untuk sem kedua dan ketiga. Walaupun kami rakan senegeri (Kedah), aku pun tak tau kenapa kami tak berapa ngam. Dia ada kelompok kawan dia sendiri. Macam tu lah kot. Kami cuma bertegur sapa sebagai rakan sekelas. Di kolej pun jarang bertemu.

Zul ni budak Kuala Nerang. Di INTEC, orang kenal dia sebagai Zul Naka memandangkan ramai orang bernama Zulkifli. Ada jugak yang panggil Nakaruddin al-INTEC. Jangan tanya aku kenapa. Dia ni budak KISAS. Dia pakai spek, dia ada janggut. Itu je yang aku tau pasal dia. 

Masuk sem keempat, baru aku mula rapat sikit dengan dia. Dekat nak exam A-Level, lebih spesifik lepas peperiksaan percubaan, kitorang selalu lepak di kelas untuk download movie sama-sama. Orang lain tak singgah dah kelas sebab ulang kaji di tempat lain. Tinggallah kami berdua. Kadang-kadang kami ke surau sebab internet di sana laju. 

Zul ni suka sangat anime. Aku akan selalu ingat tabiat dia. Pagi nak exam, dia akan layan anime sambil download episod anime. Selalu aku berebut dengan dia. Dia akan cantas line internet sampai aku perlu suruh dia berhenti dulu. Huihui. Kejam. Sebelum kami bergerak, dia akan dengar OST anime dulu. Pelik.

Zul ni jarang senyum. Dengan orang tertentu saja dia akan senyum. Tapi kalau dia gelak, muka memang mencairkan anak dara. Okeh, pengenalan Zul dah terlalu panjang. Sekarang aku nak cerita kenapa aku akan berterima kasih kat dia sampai akhir hayat.

Dia lar yang teman aku pergi cari 'Pelangi' sepanjang petang 20 Jun. Aku takkan lupa tu. Aku tak rasa orang lain akan luangkan masa untuk tolong aku macam dia. Dia sabar sangat. Setiap kali aku ajak dia teman pergi download movie, dia akan ikut walaupun waktu malam. Zul ni baik. Ajak je, dia akan ikut. 

Kalau nak cerita pasal cari 'Pelangi' tu, aku tak rasa ada orang lain sanggup teman aku macam dia. Bayangkanlah. Dari Kompleks PKNS ke SACC Mall, then ke Plaza Alam Sentral, ke Masjid Negeri, dan patah balik ke Kompleks PKNS. Kalau korang tau tempat tu, baru korang faham cerita aku. Memang sangat meletihkan. Aku tak tau tempat tu. Zul yang jadi penunjuk arah. 

Nasib baik Zul ada. Kalau tak, aku memang tak jumpa 'Pelangi'. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa dia. Moga Allah membalas budi dia dengan pahala yang setimpal. Itu baru kisah pertama. Satu lagi kisah pulak masa class trip lepas tamat peperiksaan A-Level. Sekali lagi Zul buat aku terharu.

Memandangkan dia sorang yang tau aku kesempitan kerana 'Pelangi', maka dia saja yang faham situasi aku. Memang aku tak boleh tabur duit sesuka hati masa percutian tu. Dek kerana keborosan aku, nak masuk Night Safari di Zoo Taiping pun fikir empat lima kali. Tau apa Zul cakap? "Kau enjoy dulu dalam safari ni, hal 'tu' kita setel kemudian." Sekali lagi Zul tolong aku. Tolong apa, biarlah hanya Allah yang tahu.

Sungguh, uhibbukafillah. Dia memang satu dalam sejuta. Sorang yang sangat penyabar dan baik hati. Pemurah dan berbudi pekerti. Zul, kalau kau mintak tolong apa pun kat aku, aku akan cuba sedaya upaya. Aku tak boleh balas budi kau, Zul. Biarlah Allah yang membalas.

Moga persahabatan kita kekal sampai ke jannah. Ukhuwah fillah abadan abada.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif