Welcome To My Life...

Monday, July 1, 2013

Juara Antara Juara


Piala Konfederasi adalah satu kejuaraan yang menghimpunkan juara setiap benua dan juga juara Piala Dunia  yang lalu serta tuan rumah Piala Dunia akan datang. Maka pemenang antara mereka sudah tentulah juara antara juara.

Subuh tadi (waktu Malaysia), Brazil membenam Sepanyol 3-0 untuk menoktahkan rekod kemenangan tanpa kalah La Roja. Untuk rekod, Sepanyol tidak pernah kalam dalam 29 perlawanan selepas tewas 1-0 kepada Switzerland pada bulan Jun 2010. Joga bonito mengatasi tiki-taka. Dua gol Fred dan satu gol Neymar membantu Brazil mengatasi penyandang juara dan Eropah yang begitu unggul di peringkat antarabangsa.

Dalam perlawanan sebelum itu, Itali menewaskan Uruguay 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menamatkan kejohanan di tempat ke-3. Selepas tamat masa tambahan, kedudukan seri 2-2. Itali mendahului dua kali menerusi Davide Astori dan sepakan percuma cantik Alessandro Diamanti. Uruguay membalas dengan dua gol oleh Edinson Cavani, salah satunya juga sepakan percuma yang menarik. Gianluigi Buffon menjadi wira Itali dalam penentuan sepakan penalti.

Pasukan Sepanyol memenangi Fair Play Award untuk permainan bersih di dalam dan luar padang. Semangat kesukanan yang tinggi ketika beraksi dan tiada kontroversi di luar permainan wajar dicontohi. Fernando Torres memenangi anugerah Kasut Emas dengan lima gol, mengatasi Fred dengan jumlah gol yang sama. Mungkin kualiti dan kepentingan golnya mengatasi Fred.

Julio Cesar memenangi Sarung Tangan Emas apabila beraksi cemerlang sepanjang kejohanan dengan hanya dibolosi empat gol. Dalam aksi final, Cesar melakukan beberapa aksi menyelamat untuk menafikan armada Sepanyol sebarang gol. Anugerah terakhir, Bola Emas, dimenangi oleh Neymar.

Keputusan penuh semua anugerah seperti berikut:


Juara: BRAZIL
Naib juara: SEPANYOL
Tempat ke-3: ITALI

Fair Play Award: SEPANYOL



Sarung Tangan Emas (Penjaga gol terbaik kejohanan):
JULIO CESAR (Brazil)



Kasut Emas (Penjaring terbanyak kejohanan):
FERNANDO TORRES (Sepanyol)

Kasut Perak: FRED (Brazil)
Kasut Gangsa: NEYMAR (Brazil)



Bola Emas (Pemain terbaik kejohanan):
NEYMAR (Brazil)

Bola Perak: ANDRES INIESTA (Sepanyol)
Bola Gangsa: PAULINHO (Brazil)



Neymar bersama Bola Emas, Piala Konfederasi, dan Kasut Gangsa. Neymar menghidupkan kejohanan dengan aksinya yang memukau dan jaringan yang menakjubkan. Pemain yang baru dibeli oleh Barcelona ini sentiasa memberi ancaman yang berbahaya kepada pertahanan dengan skil dan lariannya yang pantas. Kesemua empat gol yang dijaringkan oleh Neymar sangat hebat.


Neymar adalah kunci kejayaan Brazil memenangi Piala Konfederasi 2013. Kali pertama rambut Neymar tidak lebih menonjol berbanding mutu permainannya. Neymar beraksi cemerlang dalam  semua perlawanan. Kemantapan aksinya pasti ditagih sekali lagi dalam Piala Dunia 2014, juga di bumi sendiri. Memakai jersi nombor 10 untuk Brazil, dialah Pele berkulit putih.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif