Welcome To My Life...

Thursday, July 11, 2013

Pengalaman


Alhamdulillah, aku dah buat dua kerja sambilan minggu ni. Bekerja untuk Hotel EDC. Aku dapat kerja ni pun atas bantuan Suhairi yang kerja harian di sana sementara kami menanti bulan September untuk sambung pengajian ijazah. Banyak benda baru yang aku belajar. Dua kerja yang sangat memenatkan. 

Habis saja kerja, kepala aku rasa sangat berat. Macam nak meletup. Biasanya aku cuma rasa macam tu bila sangat keletihan. Maka konklusinya, kerja-kerja yang aku buat memang mencabar ketahanan diri aku. Aku tak menyesal pun. Aku cuma lega sebaik saja syif aku berakhir.

Ahad lepas, aku dipanggil untuk jadi janitor sebab ada event yang melibatkan MB Kedah. Aku membantu Bro Z (nama samaran) dan Kak Shima. Aku tak berapa ingat nama dia. Bro Z dah berusia 33 tahun. Agak kekok bagi aku untuk membahasakan diri 'saya' dengan dia. Tapi dia pun selesa guna bahasa diri 'saya'. Aku tolong dia kemas bangunan hari tu dari jam 4 petang sampai 11 maam. Mula-mula sapu sampah Public Area. Kami rehat jam 6 petang. 

Masa tu kami sembang dan aku tahu dia sebenarnya ada ijazah bidang perakaunan. Dia dah berkahwin. Itu aku tau bila tanya kenapa dia bawak bekal. Katanya, isteri dia suka masak. Bro Z juga orang pertama yang tahu aku belajar medic bila aku sebut IMU destinasi aku seterusnya. Itu pun kerna dia tinggal di Puncak Jalil sebelum ni. IMU di Bukit Jalil. 

Apabila Ikram (kawan baik aku) masuk bilik rehat tu, Bro Z pun tahu tentang UPM kerna isteri dia dulu belajar di sana. Aku senyum je bila mereka sembang pasal UPM. Aku mana lar tahu. Hoho. Selepas rehat, aku dan Bro Z menyambung tugas. Kami bersihkan pejabat pentadbiran kewangan. Fuhh, aku lap meja. Bro Z vakum lantai. 

Kemudian, kami bersihkan tingkat bawah tanah. Fuhhhhh, penat gila. Aku tolong sapu je dah penat. Bro Z boleh rileks mop lantai yang agak panjang jaraknya. Berpeluh-peluh aku. Panas sangat bawah tanah tu. Oh, sebelum tu kami bersihkan pantry. Aku hairan macam mana Bro Z boleh tahan kerja macam tu. Serius aku tercabar dengan keletihan yang sangat mencengkam. Jam 11 malam, aku ambik gaji. Sejam RM3.50. Okey lah tu.

Selasa lepas, aku jadi waiter pulak untuk Majlis Inovasi di Dewan Muadzam Shah, UUM. Satu lagi pengalaman baru. Aku tak pernah jadi pelayan sebelum ni. Kerja tu pun penat jugak. Haha. Kena angkat dome yang berat. Hari tu aku jumpa ramai kawan baru. Ada juga junior-junior muda setahun yang aku dah lama tak tengok. Salah sorang junior cakap aku makin kurus. Bangga sekejap.

Angkut pinggan orang yang dah siap makan, tuang air, dan kemas tempat selepas siap jamuan makan tengah hari. Syif aku 9 pagi sampai 5 petang. Jam 2.30 petang, majlis dah berakhir. Nak tunggu pukul 5 petang memang penat. Tolong angkut barang-barang untuk dibawa pulang. Kerja terakhir aku untuk cukupkan masa kerja adalah lap sudu.

Penat memang penat. Tersangat meletihkan. Letak kepala atas bantal memang terus lelap. Aku terima tawaran kerja tu kerana aku nak cari pengalaman dan aku sukakan cabaran. Aku kali pertama buat kerja-kerja macam tu. Janitor and waiter. Memang tak sabar tunggu waktu syif berakhir. Haha. Teruk betul.

Tapi yang best dapat kawan baru. Bro Z yang agak tua berbanding aku. Pangkat abang. Hari jadi waiter tu pulak aku kenal Pong, Anas dan Fatih dan sorang lagi kawan mereka yang aku tak sempat tahu namanya. Empat sekawan yang aku senang lepak bersama mereka sepanjang kerja hari tu.

Aku mungkin fikir dua kali jika ditawarkan lagi. Tapi dapat gaji. Memang tak kisah letih macam tu. ^_^



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif