Welcome To My Life...

Tuesday, July 2, 2013

ALM Annual Grand Dinner : Part II


Okeh, penceritaan ALM12 Annual Grand Dinner 2013 memasuki bahagian terakhir. Ah, Part II je pun. Bajet macam cerita bersiri telenovela pulak. Entri lepas aku dah berceloteh banyak sangat. Ekceli nak merapu banyak lagi tapi nanti terlalu meleret jadinya. Kali ni biarlah gambar yang bercerita. Sambil tu aku bagi caption untuk gambar. ^_^


Ahaaa. Nah, bukti aku telah pun menjadi graduan A-Level Medicine batch ALM12 dari INTEC Education College. Dari Julai 2011 hingga Jun 2013 menuntut ilmu di sana. Dua tahun yang penuh suka duka. Budak Sintok nun di utara menuntut ilmu di kota raya asing. Mengembara mencari pengetahuan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa, dan negara. 


Ni pulak sijil CTIS. Tu kod untuk Islamic Studies. Aku pun dah tak ingat apa nama panjang subjek tu. Sem pertama, belajar pasal... pasal apa eh? Lupa, huhu. Sem kedua belajar pasal akhlak. Abaikan gred tu. Orang lain ramai dapat semua A. Tak tau kenapa gred tu tersesat. Salah masukkan data ni...

Sem ketiga belajar pasal perkahwinan dalam Islam. Hoyeahh, sudah semestinya gred A. Memang suka bab nak nikah ni. Huihui. Alahhh, belajar pasal kahwin cerai semua tu je. Advanced sikit berbanding SPM. Aku pun tak pasti kenapa buku teks tu tebal. Sem keempat belajar pasal fiqh perubatan. Haaa, ni baru nampak ilmu kedoktoran sikit. Avicenna? Rhazes? You name them, i know them.


Haaaa, selaku class rep, inilah plastik yang diamanahkan kepada aku. Dalam tu ada sijil-sijil rakan sekelas yang lain. Aku lar yang bertanggungjawab nak bagi kat diorang. Tapi aku perlu bagi kepada yang hadir ke majlis makan malam tu saja. Yang tak datang, aku boleh pilih untuk tolong bagi atau pulangkan. Sudah semestinya aku pilih opsyen kedua. 


Benda alah ni dapat masa mula-mula dewan dibuka selepas solat Maghrib. AJK junior yang bagi. Aku dapat dua. Satu lagi aku dapat ketika menerima sijil dalam penyerahan olok-olok. Mana tak olok-oloknya, aku dah ambik pun sijil tu kat luar dewan. Korang memang pandai kan bab lakonan ni? Nanti pergi uji bakat berlakon filem MIG.


Kalau ada yang ragu-ragu aku pergi ke tak, "Eh, betul ke mamat ni pergi malam tu?", ni buktinya. Aku alumni A-Level Medicine. Oh, memang tak percaya. Rasa macam bermimpi di tengah hari. Venue, tarikh, masa. Semua cukup. Haaa, tema. Lupa nak sebut dalam entri lepas. WONDERSTRUCK.


Ini jadual yang sepatutnya. Tapi macam yang aku dah marah dalam entri lepas, mula pun dah lewat. Tetamu VVVIP pun tak datang. Mana lar CEO pergi malam tu. Tak dapat nak tengok dia sebelum meninggalkan INTEC. Nombor '4' kat sudut atas sebelah kiri tu membuktikan aku antara yang terawal datang. Tapi... nombor tu tak berapa bertuah. Yang bertuah semuanya ratus-ratus....


Okeh, ole-ole dari malam tu. Cenderamata yang aku nak tunjuk kat cucu aku nanti. "Atuk dulu belajar kat INTEC lar." 

Konklusinya, malam tu memang best sangat. Kali pertama aku hadiri majlis makan malam. Persembahan yang memuaskan. Layanan yang tip top. On top of that, memories remain deep in heart. Kalau orang bercerita, aku tau apa yang terjadi. I've been there.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif