Welcome To My Life...

Thursday, July 11, 2013

Trip to Perak : Part 4


Kami memang tiba lewat di Bukit Larut. Lewat setengah jam. Pukul 3.30 petang baru kereta kedua sampai. Kereta pertama pun sampai sedikit awal. Satu lagi kereta sesat. Kereta Myvi Liyana tu sebenarnya gerak dengan kami. Kereta Unser Syahid gerak dulu. Tapi kereta Myvi Liyana terpisah lepas satu lampu isyarat. Masalah komunikasi. Salah faham.

Aku pun tak berapa tahu cerita sebenar. Aku tidur sepanjang perjalanan. Hoho. Dengarnya, Ada dah call Fatima dalam kereta Liyana tapi mereka nak teruskan dengan jalan yang mereka lalui. Kami guna GPS. Wallahualam. Dengan kelambatan kereta ketiga, kami pun jadi buntu. Nak naik dan tinggalkan mereka (sebab dah lewat sangat), ataupun tunggu. Dah lewat setengah jam. 

Kami nak tinggal dah bebudak yang sesat tu. Memang mereka tak sempat sampai sebelum jam 4 petang. Tapi uncle yang jaga kaunter masa aku beli tiket pagi tu cakap dia boleh tunggu. Dia siap tolong bagi arahan lagi untuk tolong kawan-kawan kami yang sesat. Kami semua penat tunggu. Syahid yang kepenatan sempat tidur.

Akhirnya, dipendekkan cerita.... sampai jugak. Jam 4 petang, kami semua naik Bukit Larut. Nasib baiklah ada dua orang uncle berbangsa India yang sangat baik hati. Pengalaman naik Bukit Larut memang gila. Uncle tu memang terer bawak jip. Memang adrenalin mengalir laju. Bukan pusingan U tau di selekoh tajam. Liku selekoh tu bentuk S demi S. Satu selekoh demi satu selekoh tajam dilepasi. 


Inilah jip yang membawa kami. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Kami sangka tak dapat menikmati pemandangan di atas Bukit Larut kerana sudah lewat. Jam 4.30 petang kami sampai di puncak. Kalau kami naik pukul 3 petang pun, memang dimaklumkan cuma naik saja dan turun. Tapi kami diberikan masa untuk menikmati keindahan alam di atas sana. Air paipnya sangat dingin, macam di Ulu Kenas.



Inilah srikandi yang menjadi pemandu. Yang berdiri tengah tu drebar aku. Meera. Terima kasih daun keladi.



Jam 5 petang kami turun semula. Walaupun melalui selekoh yang sama, keterujaan sudah berkurangan. Mungkin kerana semua kepenatan. Jip kami berselisih dengan ramai uncle berbangsa Cina. Kami kena bayar lebih sebab uncle yang bawak jip tu kena buat OT. Satu jip RM20 ekstra. Jadi kami kena caj RM40. Kami bayar je. Menghargai jasa baik uncle berdua tu yang sanggup tunggu kelewatan kami. Bukan lewat sikit. Lewat sejam.

Dapat jua kami naik Bukit Larut. Kami akan masuk Zoo Taiping pada sebelah malam. Petang tu, kami mandi dan berehat di Masjid Lama Taiping menanti masuk waktu Maghrib. Kisah Night Safari?



<BERSAMBUNG>


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif