Welcome To My Life...

Tuesday, July 2, 2013

Doktor Gigi



Bismillah.

Okey, alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Walaupun awak kata awak tak jangka, tapi Allah dah tentukan ini takdir awak. Sekarang awak ada pilihan. 

"When Allah asks you to give something up, He's never trying to take something away; He's trying to get something better to you."

Saya baca tuit awak ni berulang-ulang kali. Dan tetiba saya rasa apa yang awak tuit ni kena sangat dengan situasi awak sekarang. Okeh, meh kita tengok kaitan yang bagaimana.

Sekarang awak dah kat Puncak Alam. Awak dah mula rasa selesa. Awak dah ada kawan baik, si Aina Farzananananana. Dia yang awak baru kenal tapi macam dah kenal sejak zaman bayi. Awak kata awak dah sayang rumah dan bilik awak kat sana.

Allah nak awak lepaskan apa yang baru bermula di Palam tu. Allah bukan nak ambik apa-apa dari awak, Dia cuma nak bagi sesuatu yang lebih baik. 

Tiba-tiba, Allah hadirkan satu peluang untuk ke luar negara. Semalam. Saya pun terkejut jugak. Tak sangka panggilan ni agak tergesa-gesa. 1 Julai baru diorang call, dan 8 Julai tarikh pendaftaran. Macam saya dulu bulan Mei dah dipanggil. 

Apa pun, semakin bertambah persamaan kita. Biasiswa JPA, program persediaan di INTEC. A-Level dua tahun. Nanti awak boleh pilih nak ke Australia/India/UK. Sama macam saya, boleh pilih Australia/UK/NZ. Bezanya, saya buat Medic dan awak pulak Dentistry.

Kalaupun kita tak ditakdirkan bersama, saya akan tetap tersenyum dengan kebetulan ni. Nanti awak akan duduk di Kediaman Akasia, Seksyen 18. My playground. Dulu saya main guli dan batu seremban kat situ lar sambil baca buku Biologi. Gurau je. 

Entah kenapa, saya rasa sedih. Saya patut gembira untuk awak. Yes, i'm happy for you. ^_^

Mesti lar awak nak fly kan. Allah dah bagi peluang ni, jangan lepaskan. Orang lain berebut nak tempat yang awak dapat tu. Mungkin awak rasa rendah diri, macam saya dulu. Just go out there, and be yourself.

Semoga maju jaya, doktor gigi. 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif