Welcome To My Life...

Friday, July 5, 2013

Atuk Sifu


Semalam 4 Julai 2013. Hari kejatuhan Presiden Mesir. Dan hari lahir sifu muzik tanah air. Datuk M. Nasir, atuk segala sifu. Datuk MN telah merajai pentas muzik Malaysia lama sebelum aku lahir. Dan Datuk MN masih lagi kukuh bertahan ketika ini. Aku membesar dengan dihiburkan lagu-lagu malar segar karya M. Nasir. 

Banyak lagu popular ciptaan M. Nasir yang dinyanyikan oleh ramai artis di Malaysia. M. Nasir memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi entri ni aku nak ceritakan lagu-lagu Datuk MN yang aku suka sehingga saat ini. Banyak sangat kalau nak cerita semua. Lagu M. Nasir semuanya lirik memang yummy dan delicious. Omputeh kata 'food for thought'.

Aku tulis ni tak ikut urutan. Pertama, MENTERA SEMERAH PADI. M. Nasir duet bersama Spider. Memang best lagu rancak ni. Aku suka nyanyi bahagian awal, sebelum korus. "Agar bisa ku berlangkah gagah dan tampan... bagaikan si jantan yang berkokok."

Tak sahih kalau minat M. Nasir tapi tak minat lagu TANYA SAMA ITU HUD HUD. Lagu yang liriknya penuh makna. Tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di akhir zaman akan ada 73 golongan, dan hanya satu yang akan masuk syurga. "Tujuh puluh tiga pintu, tujuh puluh tiga jalan, yang sampai hanya satu jalan..."

Ramadhan dah dekat sangat. Apabila menjelang Syawal, memang lagu M. Nasir jugak yang sentiasa menghiburkan. SATU HARI DI HARI RAYA. Nanti dah dekat raya berkumandanglah lahu ni di corong radio. Dua minggu sebelum raya pun konpem dah dimainkan. "Kulihat wajah suci ibuku, kulihat wajah kasih ayahku, ku gembira...."

Seterusnya, lagu ketuhanan, RAIKAN CINTA. Aku dulu cukup minat lagu ni kerna liriknya yang mempunyai maksud mendalam, aku tak berapa faham. Tapi ada kisah isteri Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail, yang ditinggalkan di padang pasir. "Mari mawar kuraikan cinta, tanpa cinta-Nya kita tiada..."

Masa zaman nak meningkat remaja dulu, memang aku suka lagu DUA INSAN. M. Nasir duet dengan Yunizar Hussein. Sampai sekarang pun aku masih mengikut bait-bait liriknya jika dimainkan di radio. "Jika kau tanya pada rembulan, mengapa cahaya berseri-seri, tentu jawabnya kepadamu, kerna dikau cinta padaku." Cewahh! Pasangan bercinta haruslah menyanyi lagu ni dalam hati.

Masa zaman muda tu jugak, aku minat lagu SUATU MASA. Orang dalam lagu ni nak tulis surat cinta untuk kekasihnya. Bukanlah situasi aku, tapi aku suka cerita dalam lagu ni. "Bagaimana 'kan ku mula dan apakah kata-kata yang indah untuk diabadikan?". Aku juga suka sifat positif di akhir lagu. "Tapi kupercaya semua telah tertulis dan niat suciku takkan disiakan. Dan di suatu masa di hari yang indah, kuhulur tanganku lalu kau terima...." Kahwin! ^_^

Kemudian, lagu MANTERA BERADU, M. Nasir membuat penampilan dalam lagu Malique. Satu lagi lagu yang liriknya penuh maksud tapi terlalu banyak untuk aku rungkai. Tapi aku cukup suka liriknya. Aku boleh rap sampai habis lagu. "Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang, menang dengan otak tak mesti dengan pedang..."

Rasanya itu saja untuk hari lahir Datuk MN tahun ni. Selamat hari lahir, sifu. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Bajet je macam dia baca entri ni. ^_^



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif