Welcome To My Life...

Friday, July 5, 2013

Trip To Perak : Part 2


Sebelum Subuh, 24 Julai 2013. Budak lelaki yang tidur di rumah nenek Adib iaitu aku, Adib, Azri, dan Zul bergerak ke Masjid Ubudiah untuk mandi di sana. Tak jauh mana, jaraknya sepelaung. Tandas rumah nenek Adib akan digunakan oleh budak perempuan. Selepas solat Subuh berjemaah di masjid, budak lelaki mengadakan halaqah membaca al-Quran. 

Selepas halaqah, kami pun sarapan. Mak cik Adib berjaga lewat malam untuk tolong masak untuk kami. Terima kasih, auntie. Menu? Nasi lemak dengan lauknya sambal sotong dan rendang ayam. Perghhh. Memang dua pinggan lar. Ratah ayam pulak tu. Nikmat! Kalau malu-malu, rugi lar. ^_^ 

Mengikut perancangan Ipan yang diberitahu selepas halaqah, kami akan ke Taiping dulu untuk mendaki Bukit Larut. Kami akan balik ke Kuala Kangsar untuk mandi sungai, makan tengah hari di rumah rakan, dan kembali ke Taiping pada sebelah petang untuk masuk Zoo Taiping pada sebelah malam. Okey, bahagian ni akan fokus tentang kisah di Bukit Larut pada sebelah pagi.

Kami memulakan perjalanan ke Taiping selepas jam 8 pagi. Perjalanan ke sana mungkin mengambil masa lebih sejam dari Kuala Kangsar. Dalam perjalanan, kami singgah di stesen bas Kuala Kangsar untuk membelikan tiket bas buat sepupu Adib. 

Syahid, aku, Ipan dan Adib

Jangan tanya kenapa Adib macam tu. Dia bajet Jamal Abdillah. Dia pakai spek tu dan kemudian mask (jerebu pada ketika itu) dan mengaku 'abang Jamal'.


Semuanya nampak hampa. Kenapa ya? Sebentar. Baca sebabnya di bawah.


Aku bersama rakan sebilik selama setahun di Kediaman Cemara. Adib a.k.a Jamal Abdul.

Muslimah 12M5 sampai ke Bukit Larut....

Malangnya..... kami semua tak dapat naik Bukit Larut pada pagi tersebut. Sangat menghampakan. Kami terlewat sikit. Kalau aku tak salah, kami sampai jam 9.30 pagi, lebih kuranglah. Jadi kami diberi pilihan untuk naik pada jam 11 pagi. Tapi... hanya ada kapasiti untuk 8 orang saja lagi. Sedangkan kami semua ramainya 13 orang. Kata pak cik berbangsa India (uncle) yang berada di kaunter, satu jip boleh memuatkan lapan atau sembilan orang. Senarai nama tak mengizinkan kami semua muat untuk jadual sebelah pagi.

Pada mulanya, aku dan Ipan yang menguruskan hal tiket. Selepas itu, aku saja. Yang lain bergumbira tangkap gambar. Cantek... =.= Selepas bermusyawarah, kami sepakat untuk datang kembali pada sebelah petang, selepas makan tengah hari di rumah seorang rakan yang baik hati ingin menjamu kami. Kami memutuskan untuk naik Bukit Larut pada jam 3 petang, waktu yang dimaklumkan oleh uncle tadi.

Destinasi seterusnya? Hutan Lipur Ulu Kenas. Nak mandi sungai.. Hoyeahh. Tapi itu bererti kami patah balik dari Taiping ke Kuala Kangsar. Penat tu memang penat. Tapi bila dapat mandi sungai, sangat nyaman. Aktiviti kami di Ulu Kenas? Panjang sangat dah kot entri ni.




-BERSAMBUNG-


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif