Welcome To My Life...

Friday, July 5, 2013

Pesta Durian


Alhamdulillah, selepas begitu lama mengidam durian, akhirnya aku dapat makan Raja Buah semalam. Hoyeahh, lama sangat dah teringin. Sesekali kurasa teringin..... haaa, kan dah ternyanyi lagu Shima. Memang nikmat bila dapat makan durian. Lagi nikmat bila durian tu rasanya manis! Best!

Bukan apa. Sepanjang aku kat Shah Alam selama dua tahun, aku rasa hanya sekali atau dua kali aku makan durian. Itu pun isi durian yang dijual depan pasar raya. Bukan dari sebijik durian yang dikopek. Susah nak makan dalam rumah. Kawan-kawan serumah aku pun tak beli. 


Haaaa. Nah, beberapa plastik durian yang ayah aku beli. Walaupun durian tu semua 'comel-comel', tapi isinya memang manis-manis belaka. Saiz tak kisah sangat. Gred durian pun aku tak kisah. Yang penting, rasanya berkualiti dan aku puas hati!

Dah lama mengidam durian, dapat pulak yang sedap. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.


Seharian je dah habis. Memang lar. Comel-comel je kan. Durian mini? ^_^ Nanti aku nak beli lagi. Harap-harap lar dapat durian yang manis. Baru tak menyesal beli. Hoho. Aku memang semangat kalau makan durian. Susah nak gambarkan dengan kata-kata. 

Semalam jugak external hard disk kesayangan aku sampai dari Bentong, Pahang. 


Hard disk ni dipinjam oleh kawan sekelas aku, Faika Yuhani, selepas tamat peperiksaan A-Level pada 19 Jun. Dia nak 'sedut' stok movie yang berlambak dalam hard disk aku. Dia dah nak pulangkan lebih awal. Tapi aku yang izinkan untuk dia pegang lebih lama sebab aku tiada keperluan untuk ambik dengan segera. Aku dah simpan salinan movie yang menarik bagi aku dalam Tosheen.


Tapi, Faika tak dapat turut serta class trip 12M5 kerana demam. Hari Ahad sebelum bertolak baru aku tahu. Dia di rumah kakak dia. Jadi aku memang tak tahu nak ambik macam mana hard disk aku. Alhamdulillah, semalam hard disk selamat sampai di bumi Changlun. Lega. Kiriman Pos Laju. Dibungkus dengan sangat baik. Terima kasih, Faika Yuhani. Dijaga dengan sangat baik. I owe you. ^_^



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif