Welcome To My Life...

Saturday, July 23, 2011

Aku Tetap Bangga Diri


Assalamualaikum.. haha.. aku tak kan maafkan korang kalau korang sumpah2 aku nie teruk bila baca tajuk-perasan-gempak aku kat atas tu.. hehe.. aku nie kan baik.. mana ada bangga diri.. okey, baik lar sangat kan.... poyo ar mamat nie.. huhu.. cukup lar mengarut kan.. aku sebenarnya nak ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia.. walaupun skuad bimbingan K. Rajagobal tumbang 5-3 kepada Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 malam nie, aku tetap bangga dengan permainan Malaysia.. tambahan lagi, Malaysia dibarisi anak-anak jati yang memberi tentangan hingga ke titisan peluh terakhir menentang pendatang-pendatang import Singapura 'FC'..

Orang Temasik akan cakap menang tetap menang.. okey, fine.. korang menang! Tapi bagi aku, kemenangan Singapura tak bermaruah kerana ditunjangi kehandalan pemain-pemain asing yang diimport dan diberi kerakyatan.. betul, Singapura negara yang kecik.. tapi tu tak menghalalkan diorang bermegah dengan kekuatan barisan import.. sekurangnya Malaysia kalah malam nie dengan wira-wira tulen produk akar umbi negara kita.. kekalahan ini tidaklah terlalu buruk.. jika dilihat secara positif, Malaysia hanya tewas tipis.. kelebihan Malaysia pula ialah berbaki satu perlawanan di gelanggang sendiri dan berbekalkan tiga gol di gelanggang lawan..

Merumuskan persembahan Malaysia, aku berpendapat Malaysia tidak selayaknya tewas dengan jumlah jaringan sedemikian.. walaupun Singapura lebih banyak mengawal bola, tetapi gol-gol yang dijaringkan bukanlah kerana kehebatan tonggak import mereka sebaliknya kerana kesilapan dan kelalaian benteng pertahanan kita sendiri.. aku melihat empat daripada lima gol Singapura tidak sepatutnya dilepaskan termasuk gol kelima jaringan Duric yang terlalu 'lembut'.. Malaysia beraksi baik dan berjaya membawa pulang tiga jaringan penting di tempat lawan..

Bahagian yang boleh diperbaiki adalah barisan pertahanan.. Sharbinee dilihat terlalu sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh untuk menyekat jentera serangan lawan.. benteng Malaysia yang terkenal kebal pula sejak akhir-akhir ini begitu bermurah hati menghadiahkan pesta gol kepada lawan.. bermula dengan dibocori 4 gol menentang Arsenal, 6 gol disumbangkan kepada Liverpool dan 5 kepada Singapura malam ini.. ini adalah sifat terpuji yang tidak patut dipertontonkan dalam perlawanan yang sebegini penting..

Aku tertanya-tanya adakah keputusan akan berbeza jika skuad Pilihan Malaysia (skuad Olimpik + senior) bimbingan Ong Kim Swee yang turun mewakili negara.. mereka beraksi baik dan hanya tewas 1-0 kepada Chelsea tempoh hari.. apa2 pun, pujian harus diberikan kepada jelmaan Mokhtar Dahari iaitu Safee Sali yang menyumbat dua gol menarik.. begitu juga Abdul Hadi Yahya yang menghidupkan kembali kemalapan jentera serangan.. tidak dilupakan Amirulhadi Zainal yang menjadi titik permulaan kebangkitan Malaysia apabila masuk selaku pemain gantian..

Safiq Rahim tidak akan beraksi di stadium keramat kita nanti kerana menerima kad merah yang selayaknya diterima.. terjahan yang kasar daripada seorang kapten yang dikenali begitu berwibawa.. mungkin nasibnya tidak berapa baik malam ini.. Malaysia akan menanti kunjungan balas Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.. tunggulah barisan import Lee Kuan Yew! Kami akan pastikan Singa menangis dibaham Harimau Malaya! Aku berpuas hati dengan komitmen semua pemain Malaysia.. teruskan berjuang pasukan negara.. kami semua rakyat Malaysia berada di belakang anda...
















p/s : Meriah tengok bola di bilik tv...

5 comments:

FarhanahAdzlan said...

tngok bola gak..part yg best bila pemain Malaysia sepak pemain singapore..haha..=)

M Fizan said...

@FarhanahAdzlan haha..best2..sampai seronok tak terhingga :D

Alif Haris said...

harap2 2nd leg kt malaysia nnt defender mas menunjukkan aksi lebih bertenaga la ..huhu

Cikgu Ma said...

salam saudara
demam bola melanda sekarang ni,kan

M Fizan said...

@alif haris huhu..mesti diorang boleh bangki..bukan janji, tapi pasti..huhu

@Cikgu Ma wsalam saudara..
a'ah... malaysia! malaysia!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif