Welcome To My Life...

Monday, July 18, 2011

Fenin Finin


Assalamualaikum.. kepada yang tak tahu apakah itu fenin dan finin, perkataan2 tersebut adalah nama saintifik bagi perkataan PENING seperti yang diprogramkan dalam Kamus Nazif edisi terkini.. okey, mukadimah tu nampak benor nipunyer.. huhu.. sebenarnya aku tengah pening nie.. bukan lar sebab aku demam.. bukan jugak sebab aku saja2 memeningkan kepala aku yang tak pening.. tapi aku pening kerana aku pening,. yer, kerana aku pening.. mesti korang pun pening kan? Akhirnya aku berjaya memeningkan korang yang dipeningkan.. tetttttt....

Sebab tu aku tak boleh pening.. tengok, dah jadi gila pening.. korang jugak yang pening kerana dipeningkan selepas membaca entri pening aku yang memeningkan.. aku pun pening nak tulis entri pening nie.. okey, cukup pasal pening kepala.. hehe... selepas empat hari belajar dalam kelas, aku jadi pening.. serius aku masih dalam proses untuk menyesuaikan diri kat dunia orang genius nie.. dah lar kelas fast track.. cikgu ajar bukan main lajunya.. tapi salah aku jugak yang mengaku faham bila disoal.. huhuhu..

Emm.. orang kat sini tak dapat dinafikan memang genius ekstra plus plus plus.. macam mana lar aku boleh tersesat kat sini.. diorang rajin bertanya, rajin cuba menjawab, rajin menelaah.. aku? Lebih suka melihat dan memerhati serta meneliti ragam diorang.. hoho.. sampai pening aku tengok budak2 pandai kat sini.. culture shock? Mungkin lar... kat tempat aku dulu, aku lar paling terkehadapan.. kat sini? Herhh.. macam budak paling corot dalam kelas aku dulu.. macam tu lar aku rasa..

Walaupun dikatakan budak sini semuanya sama, tapi tak dapat dinafikan lar ada yang lebih ke hadapan.. sebab diorang rajin sangat membaca.. tak ada faktor bangsa.. walaupun Cina dan India sangat bijak, aku tak nampak kurangnya bangsa Melayu di sini.. mungkin berbeza faktor kerajinan.. aku bukan lar tak nak menelaah tapi aku tak ada buku nak dijadikan sumber rujukan.. baru hari nie aku dapat buku.. jadi malam nie aku akan menjalani transformasi menjadi ulat buku.. haha..

Hurhhh.. thanks for reading.. aku merepek jer tu.. okey, aku akan cuba menyesuaikan diri.. memang lar diorang semua genius.. tapi oleh kerana aku telah tersesat sampai sini, aku perlu buktikan aku juga mampu dan layak berdiri sebaris dengan diorang yang akan terbang ke luar negara nie.. insyaAllah.. doakan aku.. uhuk2.. jasa korang hanya Tuhan yang mampu membalasnya.. sekian dulu.. assalamualaikum.. v_v

















p/s : Finin fenin fonin funin fanin...


6 comments:

Hans Hanis said...

aku plak yang fenin baca
hehehehe
eh,sedap ke puisi aku tu?

Mai said...

Kat mana boleh beli kamus nazif edisi terkini tu eh XD

Niena Muhammad said...

wahh lama x hapdate entri ye :)
sihat x?

M Fizan said...

@Hans hehe.. memang saja nak peningkan pun.. puisi tu best :)

@Maii Yusre heee.. order kat sini.. 20 tahun lagi pun tak dapat :D

@Niena Pengembara Ilahi hehe.. sibuk sikit.. alhamdulillah sihat :)

anez zamri said...

takpe belajar macam tulah..sesuai diri pelan-pelan... :D

M Fizan said...

@SweetLikeWhat huhu..betul betul betul.. thanks :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif