Welcome To My Life...

Tuesday, July 19, 2011

Katakan Atau Tidak


Assalamualaikum.. awal bismillah membuka bicara..

Salam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi.. aku yakin ramai yang pernah baca ayat soooooo sweeeeetttttttt dalam gambar kat atas tu.. kalau mengikut statistik yang dikeluarkan Bank Negara Djibouti, sebanyak 42.315799% penduduk Bumi nie tahu ayat yang aku maksudkan..

Which one HURT the most?

Saying something and wishing u had not
or
saying nothing and wishing u had?

Pernah tak korang terfikir dan cuba berimaginasi tentang persoalan paling payah di planet Waruna nie.. yang mana yang sanggup korang lakukan agar tidak menyesal di hari kelak? Dan persoalan pokoknya yang paling penting dalam entri nie, yang mana lebih menyakitkan?

Menyesal kerana meluahkan
Okey, bila cakap pasal topik nie.. mesti agenda pertama dalam otak korang ialah CINTA kan.. alaaa... aku tau dah modal korang tu.. huhu.. aku kan doktor cinta.. topik apa lagi yang aku pakar kalau bukan bidang nie kan.. (diri sendiri pun selalu gagal..huhu).. cuba korang bayangkan.. korang minat gila lar kat seseorang tu.. mandi tak pernah kenyang, makan tak pernah lena, tidur tak pernah basah sejak kenal dia.. korang pun menjalankan propaganda klise dengan mendekati orang tu dan cuba merapatinya.. satu hari korang ambik keputusan nak luahkan cinta korang.. tapi malangnya, sejak hari yang tak berapa bertuah untuk korang tu, dia mula berubah dan menjauhkan diri.. jadi apa korang rasa? Menyesal kan.. lebih daripada tu.. sakit kan??

Menyesal kerana tidak meluahkan
Kes nie pulak.. korang suka kat seseorang.. tapi korang cuma pendam jer perasaan korang tu.. dengan alasan kononnya "menjaga dari jauh".. hehe.. nak muntah dah aku dengar ayat-terlampau-jiwang macam tu.. korang masih ambik berat pasal dia.. bila dia ada masalah, korang pun tolong.. bila dia perlukan bantuan, korang pasti yang pertama ada di sisi.. tapi korang tak nak luahkan apa yang membuak-buak dalam jiwa korang.. sampai satu hari, orang yang korang cintai tu mati.. korang tak sempat bagitahu dia.. menyesal tak??? Dan soalan utama.. sakit kan???

Tak lengkap rasanya kalau aku menimbulkan persoalan tanpa menghadiahkan jawapan daripada sudut pandangan aku.. bagi aku lar, secara peribadi dan aku rasa 60% hamba Allah akan menyokong pendapat aku, yang paling menyakitkan sudah pastinya "saying nothing and wishing you had".. semestinya sangat2 memeritkan untuk menghadapi kenyataan yang korang tak sempat meluahkan perasaan.. sama ada si dia meninggal, menghilang, pindah ataupun menjadi milik orang lain yang lebih cepat dan berani untuk memulakan langkah penting..

Sakit sangat bila korang tak meluahkan apa yang terpendam dalam sanubari dan memilih untuk berdiam diri.. korang akan rasa keinginan yang tak tertahankan untuk meluahkan perasaan.. lebih baik sekiranya korang melepaskan apa yang terbuku di hati.. "saying something and wishing you had not" tak lar terlalu menyakitkan.. sekurang-kurangnya (AT LEAST!!) korang dah luahkan apa yang korang rasa.. penerimaan si dia bukan lagi masalah korang.. bahagian korang dah selesai..

Setuju tak dengan aku?? Korang mesti ada pendapat masing-masing kan.. sekian dulu.. wassalam..















p/s : Luahkan sebelum terlambat...

10 comments:

Niena Muhammad said...

a'ah.. akak mmg alergik udang.. isk.. sedihnye xleh mkn udang bnyak2..
wah2.. cam bnyak sgt pengalaman bercinta yeeee! hehe

M Fizan said...

@Niena Pengembara Ilahi hehe..banyak pengalaman baru dapat tulis dengan banyaknya :D

myhatiku said...

aha..setuju!hate to be hurt ;p
tak tau nak luah kan sape..haha:D

cik pha said...

asmlkm doc cinta heeehhehe

Alif Haris said...

perghh doktor cinta ni bro .. hehe :D

Far8 budak baik said...

kalau aku..kdg2 tu nk luah kat sini..
tapi takut kat sana menangis..
nak luah kat sana..kat sini berduka..huh..
cam ner uh??
hahahaha

Aleen Aiden said...

it's better to have said something n regret it drpd xckp then nak menyesal.kan3?heh~

Rtp Farra Arisha said...

aduh pandai dia memotivasikan diri...haha. good evening!

M Fizan said...

@myhatiku haha..luahkan saja pada saya :)

@cik pha hehe.. waalaikumussalam :)

@alif haris hehe.. meraban jer tu.. :P

M Fizan said...

@Far8 budak baik hahahaha..playboy nie bro.. jangan main2 gitu.. nanti kena sumpah, seumur hidup tak aman.. hehe

@aleen aiden hehe..saya setuju 1000% :)

@Rtp Farra Arisha hahaha..memotivasikan diri sendiri dan anda jua :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif