Welcome To My Life...

Thursday, December 22, 2011

Duit Baru Untuk Semua

Assalamualaikum..

Akak BNM posing dengan duit baru

Planet : Bumi
Negara : Malaysia
Bulan : Disember 2011

Buletin Marikh dengan ini melaporkan satu kejadian aneh telah berlaku di planet Bumi dalam bulan terakhir tahun 2011 Masihi ini.. sepasukan alien-alien telah dihantar ke planet Bumi untuk mengintip kejadian misteri ini yang melibatkan satu pihak bernama Bank Negara.. pihak ini telah mencetak semula wang keluaran 2012.. laporan ini menguatkan lagi keyakinan para pelabur di planet Pluto yang ingin melabur di sebuah negara Asia Tenggara yang dinamakan Malaysia..


Syiling yang comel

Selain wang kertas, Buletin Marikh dimaklumkan syiling baru juga dikeluarkan.. nampak comel-comel belaka, seperti Justin Bubur saja gamaknya.. mungkin syiling ini boleh menggantikan Lindsay Ikan Lohan menjadi model majalah Playboy yang terbaru.. jika syiling comel ini menjadi heroin filem di Malaysia, Lisa Surirumah mungkin boleh memohon untuk berpindah ke Marikh demi sesuap nasik..

Duit baru untuk semua

Dikhabarkan RM20 (not berwarna kuning) juga telah dicetak semula selepas dihentikan pengeluarannya 16 tahun lepas.. pengeluaran RM20 memudahkan jual beli kerana terdapat jurang besar antara RM10 dan RM50.. nampaknya berita dari planet Bumi sangat tidak menyenangkan penghuni Marikh yang masih menggunakan daun untuk urus niaga..

Sekian Buletin Marikh.. selamat malam..










p palang s : Masa RM20 tak lagi dicetak, aku baru 2 tahun..


2 comments:

suha said...

akak ingt lg rupe duit rm20..neway,mcm duit main2 lak sbb bnyk kaler hikhik


kemain lg gaya penceritaan ye?nice

M Fizan said...

@suha huhu..cerita kena lar over.. duit sahiba nie ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif