Welcome To My Life...

Sunday, December 25, 2011

Tahniah Yusry dan Lisa

sumber : Kosmo

Assalamualaikum...

Pagi yang indah.. dua hari tak update.. busy jalan-jalan dan habiskan masa bersama famili.. nanti aku upload gambar kenangan.. hehe.. semalam aku dimaklumkan Yusry KRU dan Lisa Surihani buat sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka di Putrajaya..

Pagi nie dah keluar paper.. maka rasmilah mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari 2012.. bila cakap Yusry nak kahwin, aku teringat Wedding of The Year 2003 antara Yusry dan Erra Fazira.. sayangnya jodoh diorang tak panjang.. apa nak buat kan.. dah ketentuan.. Erra juga telah berkahwin lain..

Kini tiba giliran Yusry.. dengan trend artis kahwin dan bercerai, aku jadi tertanya-tanya apakah perkahwinan ini dapat bertahan dalam arus lensa dan gosip liar yang menggoncangkan kepercayaan.. tapi Lelaki Dari Marikh mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini kerana bakal mendirikan masjid..

Yang menariknya, persamaan mereka adalah sama-sama kidal dan peminat tegar Manchester United.. Red Devils' die-hard-fan.. eh, same lar dengan kite (nada Boboi).. glory glory Manchester United..

Seluruh penghuni Marikh dengan ini mendoakan pernikahan diorang jika terjadi kekal hendaknya sehingga ke akhir hayat.. ini perkahwinan kedua buat Yusry tetapi yang pertama bagi si cantik manis, Lisa Surihani.. memang serasi bagai pinang dibelah dua.. pendek kata, aku ucapkan semoga bahagia selamanya..











p palang s : Nak nikah jugak...


4 comments:

CikTeddyCorner said...

nk nikah jugak die..haha
neway,alhamdulillah la akhirnye kawen jugak depa ni..

M Fizan said...

@Original CikTeddy alhamdulillah.. kita gembira untuk depa :)

suha said...

bila la turn akak ye? =..=

M Fizan said...

@suha hehe..kalau turn akak sampai, saya nak jemputan VVIP :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif