Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Lelaki Dari Marikh dah selamat berada di rumahku syurgaku. Bukan di planet Marikh ya. Tapi hampir dengan sempadan antarabangsa Malaysia - Thailand. Lelaki Dari Marikh kini menjalani study leave di Changloon.
Maaf, entri ni kurang sesuai untuk orang yang kurus.
Pagi ni aku nak kongsikan tips untuk kuruskan badan. Tips hilang berat badan dengan pantas. How to lose weight fast and quickly. Dan apa saja bahasa yang sewaktu dengannya. Sesuai untuk semua golongan tak kira tua atau muda, lelaki atau wanita, dara atau teruna, kanak-kanak atau dewasa.
Kalau ada ahli keluarga, sanak-saudara, kawan baik, teman istimewa, atau makhluk bernama manusia yang nak kurus, korang berada di tempat yang sesuai untuk menimba sesuatu. Aku telah berjaya, dengan izin-Nya. Semua orang di sekeliling aku kini menegur perubahan bentuk badan aku. Syukur alhamdulillah.
Apa yang boleh aku katakan, aku tidak akan mengajar korang macam mana untuk kurus dalam masa seminggu atau hanya sebulan. Sukar dan mustahil. Mungkin ada ubat atau dadah yang dapat memberi kesan drastik, tapi percayalah, kesan sampingan pasti ada dan tidak dapat dielakkan.
Cara yang aku jalani telah berjaya dalam masa tiga bulan. Aku jamin, diet memerlukan masa. Sebabnya, diet bukanlah perubahan jangka masa pendek saja. Bukan sekadar untuk mencapai matlamat. Diet adalah perubahan gaya hidup untuk selama-lamanya.
Aku bukan nak kongsikan sangat pasal apa yang aku buat. Tapi lima elemen penting untuk berjaya dalam proses diet. Jika korang usahakan lima elemen ni, insya-Allah korang juga akan berjaya. Kini jersi bola yang dulunya ketat di badan aku sudah longgar dan sangat sesuai di badan aku.
Apa lima elemen tu? Ce citer, ce citer.
1. Mindset
Yup, elemen yang sangat penting. Apa yang ada dalam minda kita adalah kunci kejayaan. Believe and you are halfway there. Whatever your mind believe, your body can achieve. Banyak lagi madah pujangga yang boleh aku sebutkan.
Alah bisa, tegal biasa. Beginning is always the hardest. Aku akui, permulaan diet aku tiga bulan lepas sangat menyeksakan. Masa tu aku tak percaya aku boleh buat semua ni. Melihat badan aku di cermin setiap hari seperti tak ada perubahan.
Aku mula tetapkan pemikiran aku bahawa aku boleh melakukannya. Aku mula percaya bahawa aku boleh teruskan hidup tanpa nasik. Pada awalnya, aku rasa mustahil untuk hidup tanpa nasi walaupun sudah banyak cerita aku dengar yang mengatakan diet berjaya tanpa nasi.
Kini aku telah berjaya. Kalau korang nak tahu hasilnya, cubalah. Mustahil untuk hidup tanpa nasik, boleh mati kalau tak makan nasik. Itu semua hanya di minda saja. Sama juga ceritanya dengan tak makan tengah hari. Sebelum ni, aku percaya aku mesti makan lunch. Kalau tak, aku boleh mati.
Bila aku fikir balik, itu sangat kelakar. Buktinya? Bila kita puasa, rasa tak ada masalah je puasa dari Subuh sampai Maghrib. See... kenapa masa puasa kita boleh elak makan tengah hari dan hidangan sampingan yang lain?
Aku gali rahsianya dan aku bongkar misteri di sebaliknya. Rupa-rupanya, jika kita kuasai minda, kita boleh menguasai badan kita. Bagi aku, jika aku boleh bertahan 14 jam apabila puasa, aku boleh juga bertahan 12 jam tanpa lunch.
Maka aku hanya ambil sarapan dan makan malam sebelum jam 7.15 malam. Aku tidak ambil makan tengah hari. Aku dedahkan sebabnya kepada pemeriksa IELTS ketika aku menjalani disiplin Speaking. Kebetulan dia tanya pasal jadual makan. Memang 'lauk' lah!
Sama seperti puasa, sistem penghadaman memerlukan masa untuk rehat. Itu juga sebabnya aku tidak makan selepas 7.15 malam. Sebab yang sama aku tidak mengambil makan tengah hari. Maksud aku, makanan dalam kuantiti yang banyak. Aku hanya makan snek (bukan makanan ringan) dan minum air mineral.
Ya, banyak air mineral tu membantu membersihkan sodium (garam) yang banyak dalam badan kita. Sodium akan keluar melalui air kencing. Fuhh, fuhh, fuhh. Penat menaip.
Aku rasa sampai di sini saja soal mindset. Elemen seterusnya dalam entri akan datang. Jeng jeng jeng ^_^
Percayalah, anda mampu mengubahnya.
p peluk s : Believe me...
6 comments:
setuju..boleh jea tak mkn nasi.tp minda dah set kalau tak mkn nasi jd lapar..hehe
sis kurus so mmg kena mkn nasi selalu..
setuju ! selalunye mind set la yang penting. heheh. thanks for sharing d info/.
sangat sesuai untuk sy.. well memang payah an nak kurus ni . errghhh perlu azam yg kuat.
kwn sy ckp nak kurus jgn makan nasi. hee.
@nik ros hehe. sis kurus takpe bedal nasik lima pinggan pun :D
@RealNS most welcome. mindset ni sesuai untuk berjaya :)
@izzati husna yup. azam tu elemen akan datang. :D
@Noraim hee. saya pun cakap :)
Post a Comment