Welcome To My Life...

Thursday, December 1, 2011

Tabahlah Apek


Assalamualaikum..

Aku baru saja menyelesaikan hijrah ke blog-blog yang menjerit di kotak jerit yang aku sediakan.. dan untuk tidak menghampakan semuanya, aku tinggalkan komen sekali.. hehe.. terima kasih seluas lautan atas kerajinan anda singgah di blog Lelaki Dari Marikh.. yang komen lagi aku utamakan.. dan sekarang aku nak bicarakan pasal isu muka depan Harian Metro hari nie, 1 Disember 2011.. bulan baru, cerita lama..

Bagi aku, manusia tak sempurna.. lautan mana yang tak bergelombang.. yer tak? Bohong lar kalau korang nak nafikan korang tu tak pernah buat salah.. umpama mengatakan korang maksum.. yang maksum tu para nabi saja.. dan Khairul Fahmi Che Mat tu bukan lar nabi.. Syida Harmi, bekas kekasihnya pun manusia biasa.. gambar mereka yang tersebar baru-baru nie merupakan gambar lama.. orang jer kecoh-kecoh.. bagi aku, biasa lar..

Ini akhir zaman.. bukan lar aku menyokong.. tapi itu masa lalu diorang.. bekas kekasihnya tu pun dah nak kahwin dalam masa terdekat.. apa perasaan keluarga Apek bila timbul isu nie? Ibunya dah mengeluarkan kenyataan kecewa dengan sikap sesetengah orang yang tak ada kerja lain nie.. sudah-sudah lar membuka aib orang tu.. gambar tu tunjuk satu dua sudah lar.. tak tunjuk langsung lagi bagus.. bagi blog yang terlibat, insaf lar.. tak payah jadi macam Joyah..

Sibuk sangat nak bukak aib orang.. depan Allah nanti apa korang nak jawab? Macam mana kalau aib korang yang dibukak? Apa perasaan korang masa tu? Cerita lama pun nak dihebohkan.. lagi satu cerita Apek nie orang nak sangat kecoh sebab dia selebriti terkenal.. penjaga gol nombor satu negara.. nie belum reda lagi kisah dia dengan Dahlia Teck.. aku rasa orang biasa buat maksiat lagi teruk.. cuma orang tak kecoh macam nie.. sebab apa? Kerana dia Khairul Fahmi Che Mat.. renung-renungkan.. selamat beramal..











p palang s : Sudahlah mengaibkan orang..


6 comments:

Lia Irdelia said...

Tiada yang sempurna..

Tiada yang terlepas dari dosa..
Yang penting berusaha untuk tak mengulanginya,,, :)

Unknown said...

entah laa..apik pon tak tahu dah orang zaman sekarang ni..asyik nak jaga tepi kain orang jer..

suha said...

kite mnusia bese n die pon mnusia bese..jaga amal masing2 (^_^)

M Fizan said...

@Lia Irdelia madah lia indah seperti biasa.. huhu.. ya, tiada yang sempurna selain Dia yang Maha Sempurna

@apik pehe betul2, bukak aib orang sana sini..

Eera Shera said...

bila nama dah makin naik ramai la yg dengki..apek pun kena la pandai jaga diri..buat silap sikit, akan diperbesarkan

M Fizan said...

@suha haha..akak nie.. kita kena amar makruf nahi mungkar kan :D

@Eera Shera hehe.. ye.. selebriti.. di bawah mikroskop kata orang..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif