Welcome To My Life...

Thursday, January 26, 2012

Bila Bosan Bertakhta


tanya sama hati
benarkah merindu
ingat masa lena
apa mimpimu

masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang

Assalamualaikum..

Tadi adik aku yang paling kecik, Atip (6 tahun) tetiba nak layan lagu dendangan seniman agung P. Ramlee nie.. huhu.. maka kembalilah memori zaman muda-muda dulu.. terbayang bagaimana aku yang berusia 5 tahun sudah boleh menyanyi lagu nie dengan fasih.. adik aku pulak masih mengomel saja cuba melagukan bait-bait liriknya yang mendalam dan menyentuh hati..

Sebenarnya aku nak garap satu entri berat yang akan membuatkan korang semua berfikir.. tapi tak jadi sebab malas pulak rasa malam-malam nie.. mungkin esok lar.. tapi gerenti dan pasti tajuk tu memang killer.. trailer? Semua orang rasa sakit kan.. tapi tak perlu lar kita putus asa cepat sangat..

Esok hari Jumaat.. penghulu segala hari.. aku akan menghadiri kursus pra-L kereta.. emm.. malu lar cakap pasal nie.. baru nak ambik.. haha.. jangan gelakkan Lelaki Dari Marikh.. petang tadi main futsal lagi.. dah empat kali dalam cuti raya Cina nie.. study tak lagi.. buku pun tak sentuh.. aduhai..

Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni.. insya-Allah.. wassalam..









p tendang s : Yeah, City kalah...



2 comments:

Anonymous said...

lagu2 P.Ramlee mmg bez!!

M Fizan said...

@EZAD AMIR haha... tak dapat lar aku nak nafikan....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif