Welcome To My Life...

Sunday, January 8, 2012

Conteng Lagi


Assalamualaikum...

Dalam entri lepas aku dah letakkan sampel contengan aku yang pertama, KLIK SINI.. aku saja bukak paint, conteng-conteng maka terhasillah dua karya nie.. tak secantik mana pun.. tapi nak jugak aku kongsikan di diari Marikh kesayangan aku nie untuk tatapan semua.. untuk makluman, kitorang rancang reunion nie 5 bulan lebih awal supaya menjadi majlis gilang-gemilang.. aku berasa bangga selaku pencetus idea kerana telah menghidupkan kembali alumni kelas yang kelihatan tak bernyawa..

Dalam sampel pertama, aku guna warna merah jambu sebagai warna latar dan dikritik oleh budak-budak perempuan.. eh, aku ingat laki yang akan bising.. huhu.. jadi dalam sampel kedua nie aku guna satu lagi warna latar yang lembut iaitu biru muda.. harapnya tidak lagi menimbulkan kontroversi.. tapi panas tak sampai ke petang seperti diharapkan.. hujan di tengah hari..

Aku rasa perkataan "Malam Gala" tu dah habis elegan coraknya.. kan? ^_^
Dalam sampel pertama, aku gunakan perkataan "Annual Reunion" sebab contengan tu dalam Bahasa Inggeris.. sampel kedua aku gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dengan cubaan menyerlahkan idea "Malam Gala" yang diilhamkan salah seorang bekas rakan sekelas yang nak buat pada waktu malam.. corak perkataan "Malam Gala" tu ekslusif bagi aku..

Tulisan "5 Alfa 2010" yang besar, beralun dengan warna terang.. besar dan beralun supaya ia menonjol.. dan aku kira berhasil kerana disedari oleh sorang lagi bekas rakan sekelas.. hehe.. warna gelap aku guna supaya kontra dengan warna latar yang lembut.. semuanya dengan niat menyerlahkan perkataan itu sebagai titik utama.. :)

Tagline "Kembali Kepada Kenangan" aku terjemahkan daripada tagline dalam Bahasa Inggeris dalam sampel pertama iaitu "Return To The Memories".. nampak menarik dengan ritma "KKK".. Koo Kien Keat.. huhu.. tapi budak kelas kata lagi suka tagline dalam Bahasa Inggeris kerana lebih elegan..

Pembaharuan dalam sampel kedua aku dah buang emoticon yang ada dalam sampel pertama dan aku tambah bulan program dan tempat.. baru nampak macam jemputan sikit.. amacam? Dan aku tambah frame di tepi yang dah nampak macam kad jemputan ke kenduri kahwin.. haha.. tapi aku suka..

Budak-budak kelas nak tagline dalam Bahasa Inggeris.. jadi aku main conteng-conteng lagi buat kali ketiga.. nanti aku terbitkan hasilnya di sini dalam entri yang akan datang.. have a nice weekend.. wassalam.. ^_^











p cium s : Semangat membara...


2 comments:

Anonymous said...

ko pasti ke pompuan g kritik warna pink yg ko guna tu adalah pompuan?
ekekekeke...
aq kerap tertipu oleh jantina manusia.

M Fizan said...

@EZAD AMIR pasti lar.. kawan sekelas aku jer pun.. bukan orang asing.. haha..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif