Assalamualaikum..
Design 1
Design 2
Okey, lepas dua percubaan mencorak invitation pic untuk majlis reunion Mei ini, aku melakukan penambahbaikan sekali lagi.. dan aku puas hati walaupun aku cuba menggunakan font yang berbeza dengan dua hasil sebelum nie.. selepas design pertama dikritik agak jambu dan design kedua dikritik kerana menggunakan tagline Bahasa Melayu yang dikatakan tidak elegan, aku mengubah suai beberapa aspek untuk memperkemaskan karya.. dan inilah hasilnya..
Selepas dua karya sebelum nie menggunakan warna merah jambu dan biru muda, kali nie aku menggunakan warna hitam sebagai warna latar.. selaku warna universal, hitam sesuai digandingkan dengan aneka warna.. dan aku pun suka warna hitam kerana nampak ekslusif dalam dunia yang tersendiri..
Perkataan "5 Alfa 2010" aku rasa sangat menyerlah dengan penulisan ala kapur di atas papan hitam di bilik darjah.. aku cuba tonjolkan sejelas-jelasnya main focus aku nie.. dan aku harap korang pun nampak apa yang aku cuba serlahkan.. seperti dua karya aku sebelum nie, tulisan tu aku biarkan paling besar agar nampak sangat signifikan..
Begitu juga perkataan "Return To The Memories" tu bagi aku, tulisannya cantik.. pada perspektif aku lar.. cantik kan sesuatu yang subjektif.. aku kekalkan tarikh, tempat dan bingkai.. maka sempurnalah hasil yang telah memuaskan hati aku..
Mungkin akan ada penambahbaikan selepas nie kerana rakan sekelas mahukan karya watermark.. kalau ada, aku terbitkan di sini.. wassalam.. :)
p palang s : #901, not guilty.. Allahuakbar!
3 comments:
wah ! nice jugak :)
biasenya rjin je ko updte..ni ape kes ni 2x dtg x update2 lg ni..ekekekee
@teha hehe..thanks2 :)
@EZAD AMIR update x penah miss kot... haha
Post a Comment