Welcome To My Life...

Sunday, January 1, 2012

Manusia Tak Sempurna

Gambar hiasan

Assalamualaikum..

Para peminat filem Ombak Rindu pastinya kurang setuju dengan kritikan mengenai kesilapan-kesilapan dalam filem itu (klik SINI)..

Bagi aku, setelah membacanya disertakan bukti, ada beberapa kesilapan memang logik dan munasabah untuk dipersoalkan.. TETAPI.. tapi kesilapan itu tak lar mencacatkan kualiti filem itu bagi orang-orang moden yang majoritinya hedonis, sekadar mencari hiburan.. banyak kesilapan ditemui di laman web tersebut tapi tidak mengganggu kutipan mencecah RM10 juta yang semakin bertambah..

Dari perspektif aku, kesilapan yang ditemui dalam pembikinan filem membuktikan fitrah manusia.. bahawa manusia itu tak sempurna.. pembikin filem bukan nabi yang maksum.. mereka akan melakukan kekhilafan.. mungkin mereka cuai ketika melakukan suntingan.. tetapi kesilapan kecil itu tak merosakkan perjalanan cerita... langsung tak disedari oleh aku sendiri dan orang lain yang mencari hiburan masa lapang..

Dalam usaha membuktikan pengarah filem sekadar manusia biasa yang melakukan kesilapan, penulis artikel tersebut dilihat 'terlalu teliti' hinggakan perkara remeh diperbesarkan.. malah jika ada yang sedar, beberapa perkara langsung tidak perlu untuk dipersoalkan memandangkan syot filem diambil beberapa kali dan pada masa berlainan.. hal seperti kekemasan baju tak masuk akal untuk dipersoalkan.. dan posisi rambut yang berubah juga bukan perkara munasabah untuk dibincangkan kerana rambut bergerak apabila kita melakukan pergerakan adalah perkara normal..

Kredit wajar diberikan kepada penulis blog Goof Spot atas kesungguhannya mendedahkan kepincangan pembikinan filem untuk diperbaiki pengarah filem pada masa hadapan.. ketelitiannya wajar dipuji kerana ada sesetengah 'dosa' pembikin filem tak disedari ketika kita khusyuk menghayati jalan cerita.. contohnya, kehilangan bakul sampah dalam salah satu babak filem Ombak Rindu.. itu memang satu kesilapan pengarahan yang tak sepatutnya berlaku.. tapi aku pun tak sedar, boleh dimaafkan..

Penulis artikel pun tak disaman.. jadi kita yang bukan pengarah nie, baca untuk seronok-seronok sudah lar.. mungkin sudah menjadi hobi penulis tersebut mencari kesalahan orang lain.. :)










p palang s : No offense..


2 comments:

Anonymous said...

keh3...
biase la mnsia mne perfect..
tu bru buat filem,
blom buat bulan lg...keh3..
biasenya bile dh bjaya,mmg jd mangsa kritikan..ekekekeke

M Fizan said...

@EZAD AMIR hehe.. buat bulan memang tak kan jadi lar.. manusia mana sempurna.. haha

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif