Assalamualaikum.
Actions speak louder than words.
Selalu kita dengar. Jarang kita mengerti hakikat itu. Dalam konteks cinta, kita sering saja mahu dimanjakan dengan ayat-ayat cinta yang puitis. Sedangkan kita tahu yang manis itu boleh menjadi racun. Lebih baik kita tahu kebenaran yang menyakitkan daripada terus diperdaya dengan kepalsuan yang mengkhayalkan.
"You don't need words to show that you care for someone, just like Mr. Bean! He rarely speaks but never leaves his teddy behind."
Sekali lagi aku mengangguk-angguk tanda setuju. Korang mesti pernah tengok Mr. Bean kan? Seorang lelaki bendul yang jarang bercakap dan menghiburkan penonton dengan perlakuan dan mimik muka. Tahu satu hakikat? Dia sangat sayangkan patung beruangnya. Patung beruang itu bagaikan kekasihnya.
Untuk menunjukkan kita peduli akan seseorang, tidak perlu kita memberitahunya setiap hari. Tidak perlu melafazkan kata cinta keramat "I Love You" setiap pagi, petang, siang dan malam. Bila perkataan itu dilafaz tanpa keikhlasan, rosaklah ketulusan dalam lafaz itu sendiri. Tiga kata itu tak berdosa, salah kita yang melafazkannya tanpa 'rasa' di jiwa.
Cinta bisa terlafaz dalam senyap. Dalam kesunyian, tanpa sepatah kata. Seperti cinta dua orang manusia bisu. Diorang tak berbicara, tapi cinta sepenuh jiwa.
Maka, berhentilah. Jangan terus melafazkan kata cinta tanpa 'jiwa' di dalamnya. Buktikan cinta kerana ia lebih jelas. You may lie in your words but your action tells everything.
Walk your talk. Act your love.
p cium s : Aishiteru..
2 comments:
setuju banggaaaat
kalau slalu ckp
tp xmksud kan pn xde feel
@Lyaa Suriany thanks for agreeing :)
Post a Comment