Welcome To My Life...

Saturday, November 3, 2012

Hantu Yang Hantu

Assalamualaikum.

Sekarang ni banyak betul cerita-cerita hantu memenuhi pawagam di seluruh pelosok negara. Rakyat Malaysia pulak memang suka filem-filem macam ni. Memang best tengok di pawagam ni. Mood bila tengok skrin besar tu lain berbanding tengok di laptop atau sebagainya. Tapi sekarang ni dah ada alternatif. TV berpuluh inci di rumah, memang dah macam pawagam.

Macam Lelaki Dari Marikh, lebih suka tengok sorang-sorang. Nak nangis ke, gelak guling-guling ke, tak ada masalah. Lelaki Dari Marikh dah bincangkan pasal ni dalam entri lama. Tak ingat entri mana.

Mukadimah gagal di situ. Dalam entri ni, Lelaki Dari Marikh nak memperkenalkan orang yang suka tengok filem hantu. Ada macam-macam jenis jugak.


Ini sekadar suka-suka. Tiada kena-mengena dengan yang bernyawa, pitam, atau telah berpindah ke alam  barzakh.

Jenis pertama, suka menyumpah. Nak tengok tapi terkejut tengok hantu. Macam-macam caci maki keluar. Astaghfirullah.

Jenis kedua, nak tengok tapi tak nak tengok. Mata tutup sebelah sebab takut hantu nak keluar. Macam aku masa muda-muda dulu. Tapi bukan kat pawagam lar, kat rumah je. Biasa lar, kanak-kanak sedang membesar. What do you expect? Sila mengaku yang korang pun pernah buat. Hoho.

Jenis ketiga, membazir duit je. Tutup mata sepanjang filem ditayangkan. Mungkin bukak mata untuk suku jam berbanding durasi keseluruhan filem. Itu pun ketika babak hantu tak keluar atau waktu siang dalam filem. Memang rugi duit.

Haa, ada jugak yang betul-betul berani. Yang ni tengok memang sangat cool. Tak goyah langsung. Takde tutup mata sebelah. Sama ada hantu yang takut dengan orang jenis ni ataupun dia takde perasaan takut. Bahaya tu. Jenis yang seterusnya pulak buat-buat berani. Dalam gambar tu, kucing pakai penutup kepala dan cakap 'tak menakutkan langsung'. Dem!

Jenis terakhir, tak nak tengok tapi terpaksa. Sama ada boipreng yang teman makwe tengok, atau hamba Allah yang ikut pilihan kawannya. Memang terseksa rasa dalam pawagam tu masa tengok cerita hantu. Rasa nak bangun tapi berat macam dihempap batu 1000 kilogram.

Anda yang mana satu? Apa pun, dengan lambakan filem hantu di pawagam, selamat menonton filem hantu. Sekadar hiburan semata-mata. Tahyul dan khurafat jangan percaya.












p sepak s : Comel gambar tu..


2 comments:

Syazana Zainn said...

suka tgk cite katun :p

org tgk wayang nak free kan otak takmau tgk cerita berat2,haha

:p

p/s lama tak blogwalking sini.hihi

M Fizan said...

@Syazana Zainn hihi. akak cerpen sekarang dah sombong...

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif