Welcome To My Life...

Saturday, November 17, 2012

Jangan Share Aje

Assalamualaikum.

Walaupun masalah ni lebih melibatkan kaum Adam, namun kaum Hawa juga perlu tahu. Kerna masalah umat Islam adalah masalah kita semua. 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya". 
(Hadis riwayat Thabrani)

Aku terasa terpanggil untuk mengetuk papan kekunci tatkala terbaca status FB seorang junior. Aku tidak tahu sama ada dia benar-benar naif atau bahasanya saja menunjukkan begitu.


Apakah??

Adakah Israel akan hancur serta-merta jika jemaah solat subuh di surau Kampung Pisang menyamai ramainya jemaah solat Jumaat di surau yang sama pada waktu Zohor pada hari yang menjadi penghulu segala hari? Benarkah begitu?

Dem! Ayat ini sebenarnya popular sejak tersebarnya kisah seorang tentera Israel yang mendedahkan ayat ini dari kitab Taurat. Sebenarnya, ayat berhantu ini memiliki makna tersirat berbanding tersurat. Bukanlah terjemahan ayat ini harus dibaca secara literal.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan adalah kekuatan dalaman umat Islam. Iman. Jika jemaah solat Subuh seramai jemaah solat Jumaat di mana-mana masjid di seluruh pelosok dunia, bermakna orang Islam kuat dalamannya. Sarat dengan kecintaan kepada Allah. Malangnya, sukar untuk berlaku.

Bangun solat Subuh pun liat, apa lagi pergi ke masjid. Tidak mengaku? Inilah realiti. Penulis sendiri mengakui penulis bukanlah LELAKI INI yang solat Subuhnya setiap hari di rumah Allah. Benar, sukar untuk bangkit daripada menikmati keindahan mimpi.

Kalau melihat situasi sekarang, hanya boleh geleng kepala. Bagaimana mahu meramaikan jemaat solat Subuh jika muda-mudinya berpeleseran di kelab-kelab malam? Bagaimana mahu merealisasikan ayat tersebut jika kaum lelakinya sibuk membuntingkan anak dara orang dan kaum gadisnya sibuk menyerahkan tubuh untuk dihisap madunya?

Allah telah mencabut rasa gentar dari jiwa musuh-musuh Islam. Dan selagi jemaah solat Subuh tidak menyamai jemaah solat Jumaat, mereka tidak akan takut kepada umat Islam moden yang umpama buih di lautan. 

Satu lagi moral, jangan main share aje. Pastikan kita tahu apa yang kita share. "Why" is a powerful question. Take note! Wallahualam.












p sepak s : Pray for Gaza...


3 comments:

vendoline said...

doadoadoa....semoga islam dpt bangkit dengan cepat...huhuhu
solat2

teha said...

sme2 laa kite doakan ut gaza :)

M Fizan said...

@Edy Fee huhu, solatlah sebelum disolatkan. bangkit islam!

@teha yup2, #PrayForGaza :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif