Welcome To My Life...

Wednesday, November 21, 2012

Kuda Belang Melintas

Assalamualaikum.

Ada orang menghormatinya. Ada yang tidak. Perlukah kita menghormati kuda belang?

Okey, simpan persoalan tu untuk entri yang akan dibincangkan pada masa kelak yang tidak diketahui bilakah masanya yang spesifik. Entri ni akan fokus kepada lintasan kuda belang. Pelik bunyinya kan?

Well, zebra-crossing. Sounds familiar?

Nampak benor omputeh kite ni. Speaking London gitu..


Meh beta nak bercerita tentang lintasan kuda belang. Lintasan yang tidak dihormati oleh segelintir pemandu yang tak berhemah.

Lintasan ni adalah lintasan khas untuk pejalan kaki atau bahasa omputehnya pedestrian. Bila tiada lampu isyarat, pejalan kaki di laluan ini harus diberikan keutamaan oleh pemandu kereta yang WAJIB berhenti. Pemandu kereta hilang kuasanya.

Tapi, kalau ada lampu isyarat, lintasan zebra pula hilang kuasa. Undang-undang pada lampu isyarat perlu dipatuhi. Pejalan kaki mesti melintas di lintasan zebra apabila lampu isyarat membenarkan.

Ayah aku cakap di negara Barat amnya dan UK khususnya yang pernah menjadi tempat belajar ayah aku, rakyatnya sangat patuh kepada undang-undang. Tak kisah lar ini kebenaran dulu atau sekarang

Jika ada satu kaki memijak lintasan zebra, pemandu kereta akan berhenti serta-merta. Jika tidak, diorang boleh dipenjarakan. Bukan denda, tapi hukuman penjara. Yelah kan, kelajuan diorang mengancam nyawa pejalan kaki. 

Orang Malaysia, aku rasa tak. Ada lintasan zebra atau tak, sama je. Kereta mesti diutamakan, pejalan kaki disisihkan. Kalau letak kaki di lintasan kuda belang, putuslah kaki orang tersebut. Gelap masa depan.

Aku tak kata semua pemandu. Ada je yang menghormati lintasan zebra. Tabik spring untuk korang dan diorang. Aku sendiri pernah mengalami dua situasi berbeza.

Ada satu ketika, kereta seorang hamba Allah di INTEC terus memejut laju walaupun nampak aku nak melintas di lintasan kuda belang. Aku tak dipedulikan. Tapi ada ketika yang lain, hamba Allah yang memandu tu akan berhenti, menghormati keutamaan pejalan kaki.

Ayah aku cakap, apa guna buat lintasan zebra kalau pejalan kaki tak diutamakan? Baik tak ada lintasan kuda belang langsung. Walau bagaimanapun, pejalan kaki di Malaysia lagi suka melintas sesuka hati tanpa menggunakan jejambat atau lintasan zebra. Diorang menggunakan the power of hands (if you know what i mean). ^_^

Sama-sama lar kita menjadi pengguna jalan raya yang lebih berhemah. Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. 











p palang s : Baru memandu...

2 comments:

Unknown said...

if yang belang2 kuning tu panggil ape eh ? then same ke kuase zebra-crossing dengan yg kuning2 tu ?
kdg2 ade traffic light pun still nak jalan . terutamanya incik motor ; ~~

M Fizan said...

@RealNS tak pasti ler. sila baca buku undang-undang. hehe. incik motor tu memang tak sayang nyawa....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif