Welcome To My Life...

Thursday, November 29, 2012

Robin Again

Assalamualaikum.

Entri bola sepak. Maaf, sila berpindah entri.

Awal pagi tadi, Liga Perdana Inggeris diteruskan dengan aksi pertengahan minggu. Selepas berulang kali melepaskan gol pertama perlawanan kepada pasukan lawan, Alex Ferguson tidak rela melihat ia berlaku lagi. Cara bertahan terbaik adalah dengan menyerang. Dan itulah peraturan asas bola sepak yang dipatuhi Fergie.


Alex Ferguson menurunkan skuad dengan bayangan untuk menyerang. Anders Lindegaard mengekalkan posisi di gawang. Begitu juga Rafael, Jonny Evans, dan Patrice Evra membentuk kubu pertahanan bersama Chris Smalling yang menggantikan Rio Ferdinand. 

Jentera tengah menggunakan formasi 'berlian'. Michael Carrick bertahan di tapak dengan Tom Cleverley dan Anderson membentuk gandingan muda dinamik di hadapannya. Wayne Rooney berada di puncak 'berlian' di belakang gandingan penyerang Robin van Persie - Javier Hernandez.

33 saat. Itulah masa yang diperlukan United untuk menamatkan badi ketinggalan kepada pasukan lawan. Siapa lagi kalau bukan legenda baru United, RVP yang meledak. Mesin gol United itu menerima hantaran cantik Carrick, mengangkat bola melepasi pertahanan dan merembat, ditampan seorang lagi pertahanan, melambung melepasi penjaga gol yang tiada peluang. 


Ramai penonton sedang memenuhi tempat duduk ketika RVP menjaringkan gol terpantas liga musim ini. Dan tiada lagi tambahan jaringan selepas itu. Meskipun United begitu dominan dan menyerang bertali arus, penyudah lemah memaksa United berpuas hati dengan jaringan tunggal. Sama situasi dengan Harimau Malaya.

Percubaan ke arah gol sekurang-kurangnya 20-8. Jika tidak kerana kecemerlangan penjaga gol West Ham United, sudah tentu United berpesta gol. Apa pun, United lebih berpuas hati dengan kemenangan tanpa bolos setelah sering saja gawang gol dibocori sepanjang musim ini.


Selain penyudah, Fergie boleh berasa lega dengan permainan menyerang yang indah. Bertukar-tukar hantaran dan mendominasi perlawanan, sukar untuk lawan melakukan serangan. Kemenangan tanpa bolos itu satu bonus. Beberapa pemain juga beraksi cemerlang.

Smalling dan Evans mengekang Andy Carroll dan segala perebutan bola di udara yang cuba digunakan sebagai senjata oleh West Ham. Rafael di posisi bek kanan sering membantu serangan dengan larian bertenaga sepanjang perlawanan.

Anderson dan Cleverley di tengah menunjukkan kuasa tenaga muda. Anderson mula konsisten tetapi masih perlu meningkatkan stamina. Nampak jelas Anderson kepenatan dan meminta simpati Fergie untuk ditukarkan.

Keseluruhannya, United masih di puncak liga. Pasukan ini lemah? Fikirlah semula. Perlawanan liga seterusnya menentang Reading hujung minggu ini. Satu lagi kemenangan menanti.












p cium s : Glory glory...


2 comments:

Syazana Zainn said...

persie ensem.

eh?haha

M Fizan said...

@Syazana Zainn haha. lelaki dari marikh lagi hensem .

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif