Orang kata sakit itu penghapus dosa. Benarkah?
Sakit yang kita tanggung itu azab? Atau sakit itu rahmat Allah?
Aku tau majoriti korang dah pernah dengar tentang perkara ni. Tapi sebab aku pun agak baru tahu, aku nak kongsikan jugak. Sekurangnya untuk renungan semula bila aku membelek diari aku ni satu hari nanti. Insya-Allah.
Apabila hamba Allah jatuh sakit, Allah utuskan empat malaikat. Yang pertama mengambil selera makan, yang kedua mengambil rezeki, yang ketiga mengambil keindahan wajah, dan yang keempat mengambil dosa.
Apabila ditakdirkan sihat semula, Allah mengutuskan tiga malaikat pertama memulangkan semula apa yang diambil mereka tetapi tidak malaikat keempat. Dosa kita tidak dikembalikan. ^_^
Begitu agung kasih Allah kepada hamba-Nya. Sayang sekali kita merungut bila ditimpa kesakitan yang sedikit (ingatan buat diri ini jua). Sedangkan dosa itu menghapuskan dosa kecil kita yang sering kita buat tanpa kita sedari. Kita bukan maksum seperti para nabi. Sedar atau tidak, kita melakukan dosa setiap hari.
Apakah kita mahu mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji? Ingatlah kita tidak tahu perkara yang tersembunyi. Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Allah tahu segala sesuatu di langit dan di bumi. Bila kita sakit, kita sedang diuji. Dosa kita diangkat pergi, tapi tidak dipulangkan kembali. Begitulah hebatnya kasih Ilahi.
Cuma kita yang tak pernah melihat itu semua. Yang kita tahu, kita nak sihat sepanjang masa. Kalau tak sakit, kita tak kan menghargai nikmat sihat. Jika tak diuji, kita akan terus leka dan melakukan maksiat.
Cuma kita yang tak pernah melihat itu semua. Yang kita tahu, kita nak sihat sepanjang masa. Kalau tak sakit, kita tak kan menghargai nikmat sihat. Jika tak diuji, kita akan terus leka dan melakukan maksiat.
Bila kita sakit lagi, bersabarlah.
Jom nasyid sikit. Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah.
p palang s : Blessing in disguise..
5 comments:
yup...sbb tu kita kena ingat 5perkara sebelum 5perkara....
aku pernah dgr dan dr situ setiap kali sakit rasa best sbb dosa diangkat.
bila sakit maknanya Allah sayang kat kita sbb nak hapuskan dosa kita.
dan kalau kita jarang sakit..maknanyaa..
@cik lala tepat sekali cik....
@Hanie Dew betul betul betul. eh kalau jarang sakit bukan lar tak ada dosa. tapi Allah tak sayang ke? huhu.
ya allah baru tau pasal ni. mmg tak reti bersyukur btoi la. isy lepas ni tak mau merungut dah. nak kopipes boleh?
@nurshamila ramai antara kita tak sedar nikmat Allah ni. silakan kopitehmilodansirap :)
Post a Comment