Welcome To My Life...

Tuesday, June 19, 2012

Burgerdilla

Gambar hiasan

Assalamualaikum. 
Salam sejahtera...

Nak hiburan?
Klik SINI..

Aku harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat. Kalau ada yang sakit, semoga cepat sembuh. Sekarang musim demam. Aku blogjogging, sana sini kurang sihat. Kepada yang sihat, bersyukurlah kerna masih diberi nikmat kesihatan. Ingat kan salah satu daripada lima perkara? Nikmat sihat sebelum sakit. Alhamdulillah, hari ni kita masih diberi kesempatan untuk bernafas. Ingatlah bahawa ramai yang ditarik nikmat ini ketika sedang tidur dan pelbagai cara lagi.

Yeah, mukadimah bermoral sikit...

Tengok tajuk dan gambar pembuka selera entri aku mesti korang dah tahu juadah apakah yang akan aku perkatakan. Kalau ada yang tak kenal lagi makanan apakah yang bulat-bulat comel dan seksi tu, baik korang tertanya-tanya cepat. Sebab aku akan menjawab persoalan tu sekarang. Hoho.

Itulah dia burgerdilla. Benda alah tu telah mengalami transformasi nama sebanyak tujuh puluh kali dalam masa seminit. Nama burgerdilla diberi oleh Kristopus Kolumbus, seorang pelayar yang singgah di Bandung, Indonesia sekitar tahun 1736. Makanan feberet beliau adalah burger. Dan beliau terjumpa juadah aneh tersebut di rumah ketua kampung, Joko Mambang Laut. Joko melaporkan kuih yang enak itu dimasak oleh anaknya Dilla Ciptarasa. 

Okey, sila abaikan fakta rekaan berdasarkan imaginasi penulis di atas.

Untuk korang yang tak tahu dan jugak korang yang tahu tapi buat-buat tak tahu atau nak tahu sekali lagi, makanan tersebut dinamakan BEGEDIL. Enak sangat. Dihasilkan daripada ubi kentang atau ayam atau daging atau bla bla bla. Aku dah rasa banyak tapi begedil resepi umi aku yang paling sedap pernah aku rasa.

Korang yang pernah atau suka makan begedil mesti tahu rasanya macam mana kan. Kepada korang yang tak pernah rasa lagi, sila cari laju-laju. Carilah di kedai makan. Jangan cari di kedai menjual papan. Dikhuatiri anda akan dikarate menjadi papan. Memang rugilah kalau tak makan. Tapi kalau termakan yang tak sesuai dengan citarasa korang, jangan marah aku. Salahkan begedil tersebut yang tak sedap. Haha.

Mengidam durian dah dapat. Mengidam piza dah makan. Sekarang aku mengidam begedil pulak. Biasanya hari raya baru famili aku buat juadah ni. Tapi sebelum aku balik Shah Alam bulan depan, aku rasa nak makan begedil. Dekat Shah Alam pun aku makan dekat kedai belakang kolej, tapi begedil umi aku exceptional. One in millions

Nak buat begedil ni haruslah cari ubi kentang banyak-banyak. Yeehaw. Nanti aku update penghasilan begedil ni. Jeng jeng jeng. Tak sabar-sabar dah ni. Bersabarlah wahai perut, akan kupenuhkan kau dengan begedil sampai kau muak rasa nak muntah. Aku suka ratah begedil ni. Makan dengan nasik pun sodap! Yummy, delicious....










p jeling s : Kentang oh kentang, di mana engkau kentang?



5 comments:

Deleted said...

fuhh sedap..haha lama tak mkn actua

Nik said...

mcm sedap jea gambar makanan tu.dah la tgh lapar ni

Anonymous said...

chemay tak pernah makan lagi seumur hidup ni.
padhal selalu je mak masak.
maybe sebab chemay jenis tak suka try benda baru kot.
:)

suka mukadimah entry,
menyedarkan tentang nikmat yang kita dapat.
kann.
:)

cik lala said...

begedil ni makan dengan bihun sup @ soto..sodap!

cik lala paling suka begedil daging..yum2....

M Fizan said...

@nurshamila sama la, lama tak makan.... eh, komen sha pending ka? :D

@nik rosmawati sedap..... belum cuba belum tau :D

@chemay ish. sesungguhnya chemay dalam kerugian. tambah-tambah mak masak. mak chemay makan mesti la sedap :)

insya-Allah itulah niatnya. thanks chemay :)

@cik lala suka.... banyak kat shah alam... huhu.. begedil kentang terbaik!!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif