Welcome To My Life...

Saturday, June 9, 2012

Buta



Assalamualaikum.

Temasya Euro 2012 membuka tirainya pukul 12 malam tadi waktu Malaysia. Perlawanan kumpulan A menyaksikan tuan rumah bersama, Poland terikat 1-1 dengan Greece ketika Rusia menepati jangkaan dengan membelasah Republik Czech 4-1. PERHATIAN! Mukadimah tidak berkait rapat dengan entri.

Buta. Siapa yang buta? 

Kebanyakan dari kita. Bukan buta mata. Tapi buta hati. Kita dibutakan daripada melihat. Sungguh rumit soal kasih sayang. Majoriti dalam kalangan kita tidak dapat melihat apa yang ada di depan mata. Cinta yang diberikan. Kasih dalam seikhlas perhatian. Sabar yang tetap bertahan. Tulusnya penantian.

Kita mencari terlalu jauh. JAUH. Kalau di Sabah, mencari sampai ke Perlis. Kalau di Kedah, mencari hingga ke Paris. Sedangkan yang dekat begitu setia. Seperti lagu Roy dan Fran, "yang jauh asyik teringat, yang dekat tak terpikat, tak kenal maka tak cinta". 

Mengapa kita buta?

Kerana kita terlalu mencari kesempurnaan. Berhentilah. Kita sendiri tidak sempurna. Aku akan sentuh bab sempurna dalam entri yang akan datang. Buat masa dan ketika ini, celikkanlah diri kita dan lihatlah dengan mata hati. Orang yang paling ikhlas mungkin ada di sisi!










p peluk s : Jeng jeng jeng...

5 comments:

teha said...

tp ramai org zmn sekarang yg mncarik kesempurnaan kan .. hurmm=='

Deleted said...

jeng3. siapakah orgnya itu? haha

M Fizan said...

@teha kerana kita tidak sedar ketidaksempurnaan kita....

@nurshamila haha. pemilik hati.

Hanie Dew said...

kalau ada depan mata buat buat tak nampak.

mcm kalau kat restoran kita panggil panggil waiter tu dia pandang pastu mcm buat buat pandang org belakang kita yang tak wujud. haaa...kan related tu.. XD

M Fizan said...

@Hanie Dew haha. contoh kau memang epik gila! waiter....perkaitan yang jauh. haha. walaupun aku tak maksudkan buta macam tu tapi memang tepat :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif