Welcome To My Life...

Monday, June 18, 2012

A Day To Remember

Assalamualaikum.

Ahad. 18 Jun 2012. Hari keraian bagi para bapa sedunia. Aku dan famili bergerak ke Pizza Hut untuk jamuan sekali-sekala. Pada masa yang sama jamuan hari lahir in advance buat adik aku yang akan mengambil SPM tahun ni. Hari lahir dia jatuh pada 21 Jun ni. Kira ni dah sambut awal lar. Haha.

Bukan selalu pun makan piza. Tak macam orang kaya yang makan selalu atau hari-hari. Tapi alhamdulillah. Masih ada rezeki untuk merasai keenakan piza yang dah lama aku tak rasa. Akhirnya berpeluang jugak. Syukur ya Allah.

Petang lagi kitorang dah menuju ke destinasi di Jitra. Aku, umi, ayah, Akib, Acip dan Atip naik kereta. Tak muat Proton Wira yang ada. Maka kakak sulung aku (Ayong), menunggang motosikal EX5 Dream miliknya. Dalam hati aku punya lar semangat nak makan piza. 

Mengidam pulak rasa. Kelmarin mengidam durian. Ni mengidam piza pulak. Tapi aku tak mengandung tau. Chubby sikit. Haha. Saya tak ada rupa. Tapi saya ada hati. Tu dialog pilihan aku dari filem "3,2,1 Cinta". Nak cover lar tu. Nak diet tak berjaya. Sob sob.

Blogger dan gambar tak dapat dipisahkan lar kan. Satu gambar membawa seribu satu cerita. Cerita yang tak dapat disampaikan melalui bicara. Cerita yang tiada perkataan dalam dunia mungkin dapat menghuraikannya. Satu gambar bisa menyentuh jiwa. Satu gambar bisa menggoncang dunia. Percayalah. Ni semua retorik aku nak kongsi gambar. Yeah!

Nah, gambar kenangan dari aktiviti famili semalam. Let's cekidaud!!

Tak ada motif
 
Aku pun tak tau apa matlamat aku tangkap gambar ni. Haha. Sesaja nak test kamera. Kalau boleh nak tangkap semua yang ada atas meja. Tapi korang mesti biasa sangat tengok pinggan, sudu dan garfu kan. Aku je yang jakun. Biasa lar. Kat rumah aku mana ada. Gambar aku pun banyak snap. Tapi semua macam tak menarik. Huh!

Pepsi in the house

Air pepsi pun nak masuk blog aku jugak. Cos of lar. Air pepsi ni pun kenangan. Memori hari semalam. Tahniah buat air pepsi yang berjaya terpilih untuk menjadi subjek merapu penulisan entri aku. Mana cukup satu jag ni. Paling sikit pun satu baldi. Siap kena refill tu. =.=

Soup of the day

Yee-ha! Salah satu menu kegemaran aku kalau menziarahi Pizza Hut. Ni dah jadi syarat sah. Pantang aku makan piza tak ada sup ni. Mushroom soup nama diberi. Comel je kan? Tapi sayang.... aku kena kongsi sup cendawan ni dengan adik bongsu kesayangan aku. Adik yang lahir masa aku dalam Tingkatan Satu.

Brother and brother

Meet my younger bro, Atip (bukan nama sebenar) ataupun nama samarannya, Si Comel (ayah aku panggil). Nama dia Nursyahed Natif. 6 years-young. Aku suka cubit dia. Geram sangat. Bila aku kacau je, dia akan panggil umi aku, "Mama...... Ajib kacau....". Haha. Manja betul budak ni. Kadang-kadang geram jugak aku. Mentang-mentang anak bongsu. Atip ni yang aku ceritakan dalam Kisah Kucing dan Kisah Pepatung.

Garlic bread dan kentang

Beloved bro!
 
Atip lagi!  

Piza 1 : Hawaiian Tuna

Piza 2 : Hawaiian Chicken

Sepatutnya piza lazim yang kitorang makan ialah Hawaiian Tuna dan Island Supreme. Tapi umi aku tersilap order Hawaiian Chicken. Jadi ada dua piza dari Hawaii. Ahh, bedal je. Janji perut kenyang! 

Dua dalam satu

Ni pinggan aku. Dua jenis piza dalam satu pinggan. Ada tiga sebab lagi satu tu piza kecik. Atip punya piza. Aku tibai jugak. Penangan kelaparan tahap kesembilan sampai perut berkeroncong.

Ice cream time!  
 
 Hantu ais krim...

Rubik's cube~

Masa ni aku bosan sangat. Lama kot tunggu hidangan terakhir sampai. Hidangan pertama sampai adalah Garlic Breads. Tunggu punya tunggu. Sabar punya sabar. Tak jugak sampai. Berapa kali dah tanya mana hidangan terakhir. Pekerja ada dua tiga orang je yang nak layan ramai pelanggan. Aku pun main lar mainan kegemaran aku, kiub magik. Apa hidangan terakhir tersebut? Pelengkap kunjungan ke Pizza Hut. Syarat wajib. Mesti ada!

Jeng jeng jeng...

Deli wings

Alhamdulillah, so much fun. Dapat jugak aku makan piza. Lama dah tak merasa. Memang enjoy sangat semalam. Tambahan lagi dapat habiskan masa bersama kualiti. Hari ni kakak aku dah balik Arau. Bulan depan aku dah pulang ke Shah Alam untuk meneruskan pengajian A-Level semester tiga. Bukan selalu dapat memori indah macam ni. 

It's a day to remember. A day to cherish for lifetime. A day with millions of euphoria. Family time. Anything better?









p peluk s : Nak piza lagi...

3 comments:

teyn teyn said...

wow. fun kan dapat makan dgn family.. ;)

Deleted said...

oh gosh, garlic bread is my favourite yaww. haha. eh abg balik shah alam bulan depan? lambat lg. abg p pzza hut kul bapa? td ada singgah jgk. hehe

M Fizan said...

@ms teyn teyn nothing better ;)

@nurshamila my favourite too. haha. abg p kelmarin la ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif