Assalamualaikum. Salam kasih sayang.
Wahhh. Tetiba pulak ada iklan Nike. Bukan promosi ya. Ayah aku bukan penjual peralatan sukan. Dan aku jugak tak bekerja part time cuti semester ni. Hoho. Nampak tak? Mukadimah gagal lagi.
Kita sering saja membazirkan masa ketika ingin melakukan sesuatu. Sedar atau tidak masa kita untuk melakukan sesuatu bukan dihabiskan untuk melakukan perkara tersebut. Tapi masa kita lebih banyak terbuang dengan berfikir, risau, bimbang dan takut akan risiko kegagalan. Kita belum pun melakukannya lagi. Masa tetap berlari.
Bukanlah pula aku mengajar kita harus melakukan sesuatu tanpa berfikir. Nanti majlis fatwa menghukum aku membawa ajaran sesat. NO! Tidak! Bukan itu maksud aku. Aku juga tidak memaksudkan kita boleh melakukan perkara jahat. Atau melakukan sesuatu secara membabi buta.
Ayat aku yang mana sukar untuk difahami? Aku kata masa kita banyak terbazir kerana kebimbangan. Rasa takut kita kepada sesuatu yang belum pun berlaku. Atau dalam bahasa indah pujangganya MASA DEPAN. Kita berhenti kerana risiko. Sedangkan kita mungkin berjaya. MUNGKIN.
Kita perlu berfikir. Ya, kita harus kira baik dan buruk pekerjaan yang kita akan lakukan. Jika perbuatan itu jahat dan menganiaya orang lain, never do it. Jika tak memudaratkan orang lain, malah memberi keuntungan pula, just do it.
Kita boleh mengambil masa. Tapi masa tak akan menunggu kita.
Maka kurangkanlah masa untuk bimbang. Manfaatkan masa itu untuk mengambil peluang. Kerna peluang itu tak selalu datang. Bertindaklah dengan terancang. Jangan biar masa banyak terbuang.
Peluang selalunya datang sekali. Bila masanya tepat, apa ditunggu lagi?
p palang s : Exaggerate..
3 comments:
yup..
kita ambil masa terlalu lama utk membuat satu2 keputusan..
sedangkn kita sedar apa juga yg kita lakukan ada risiko..ada baik buruknya..
buat keputusan dengan bijak..
jimat masa,jimat tenaga otak berfikir..hehehhe....
ko ni pakar motivasi ye.ayat best giler.
mmg buang utk berfikir sama ada kita bole atau tidak buat sesuatu utk berjaya hanya membuang masa. tp itu la, manusia mana yang tak takut risiko.
@cik lala yup, kita tahu risiko pasti ada masih jua berfikir begitu lama.... perkiraan harus diambil tapi biar berpada :)
@Hanie Dew eh, ada gaya fadzilah kamsah? hoho. trimas. risiko tetap ada walau apa pun kita lakukan. berfikir perlu, tapi jangan terlalu lama.
Post a Comment