Welcome To My Life...

Thursday, June 28, 2012

Kerana PHD

"Semalam tak bukak kedai ke?"

 "Eh, bukak lar. Kenapa tanya?"

"Tak bukak lar, dik. Dah dua tiga hari akak datang nak beli."

"Tak lar, akak. Saya bukak tak pernah tutup lagi."

"Adik biar betul. Kedai adik tutup dua tiga hari lepas."
 
".........."

Erk? Ada kaitan ke gambar ni?

Assalamualaikum.

Adik kembar entri ni : Sekejap Pun Susah

Bukan kerana PHD yang Doctor of Philosophy. Tapi kerna penyakit 'Perasaan Hasad Dengki'. Wabak yang membarah dalam diri manusia. Dek kerana termakan hasutan syaitan. Tak boleh tengok bisnes orang maju sikit. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit.

Cerita sebelum gambar di atas adalah kisah benar yang bukan direka-reka untuk menjadi skrip filem mencari keuntungan. Kisah itu diceritakan oleh Kak Nurul (memang nama sebenar), selaku pencerita ketika aku menjalani terapi percuma Alpha One. Semua ini berkaitan kehadiran terapi yang jatuh merudum, dijangka kerna saingan daripada pemilik bisnes lebih kurang sama iaitu terapi menggunakan mesin. Bezanya terapi Alpha One ni percuma.

Aku hanya menyampaikan, tidak berburuk sangka. Tapi ayah aku sendiri ada cerita kat aku. Dua tiga tahun lepas, kawan dia jual sate. Kedai kecik je, tepi jalan. Bukan besar mana pun. Tu pun orang buat khianat. Cuba korang bayangkan. Lalat tak mati atas api. Tak kan lalat dari neraka. Dem!

Kalau nampak kedai tak bukak tapi tuan dia kata bukak tu, memang nak kata apa lagi kan? Oh, tuan dia saja nak buat cerita misteri nusantara. Mungkin. Tapi kisah ketidaksepakatan orang Melayu tak perlu dihebahkan lagi. Sudah cukup terkenal. Pantang tengok orang lain untung. Mula lar nak dengki.

Tak perlu cerita jauh, dalam famili aku sendiri, ayah aku terkena buatan orang. Lantaran dengki dengan jawatan ayah aku dulu. Dah lima tahun ayah aku menderita. Ke sana sini mencari penyembuh, masih belum diizinkan Allah. Aku hanya mampu bercerita, ayah aku yang menanggung seksa. Apa yang aku nak cakap, manusia macam ni memang ada.

Dalam bisnes dah jadi perkara biasa. Sejak lahir memang tak diajar bersaing secara sihat agaknya. Kalau cemburu untuk menjadi lebih baik takpe. Ni hasad dengki sampai santau-menyantau. Kurang diajar betul. Kurang asam boi. Cis cus cas.

Tak tau aku nak huraikan macam mana lagi. Aku dah putus asa dengan orang macam ni.  Kalau boleh, aku nak hantar orang hina macam ni ke Palestin. Biar mati ditembus peluru Zionis, daripada hidup menyusahkan orang lain. Sengsara tau tak?? Kerana hasad dengki, manusia hilang kewarasannya.


Tolong klik sini, sana, sinun.
Trimas, Allah balas jasa kalian ^_^











p peluk s : Biar cemburu jangan dengki..


8 comments:

nazirah said...

aah betul tu .. hasad dengki ni menyebabkan manusia hilang kewarasan huh.. mcm2 kan..mmmm

cik lala said...

yup..famly cik lala dh mengalami nasib yg sama masa arwah ayah dgn mak bukak kedai kopi dpn rumah..

Org boleh kata kedai kami tutup sedangkan xpernahpun..dia kata siap lalu dpn kedai lg tp ttp..

lpas tu masak nasi lemak..elok je letak dlm tong nasi tp bila time org nak beli, nasik tukar jadi kaler kuning..
kebetulan time tu ada belalang kunyit hinggap atas tong nasi bertutup..

Kalau nk cerita mcm2 tp kdg2 bila pk, mcm ye mcm x..entahlah..
Allah sdg menguji time tu agaknya..

msredcheesecake said...

menakutkan je dgn adanya golongan phd ni...nat buat apa pun tak boleh

nana said...

this happened to my friend before. In business jugak. Kesian dan sedih :'(

M Fizan said...

@nazirah huh, phd ni lagi bahaya daripada pedang. sebab guna cara halus. dem!

@cik lala eh, sama lar kisahnya. huhu. memang penglihatan ditutup secara halus. memang tak dapat dinafikan lar tu cik. sampai nasik tukar jadi kaler kuning. astaghfirullahaladzim.... ujian Allah ada hikmahnya...

M Fizan said...

@msredcheesecake golongan phd ni guna cara halus. tu yang bahaya. moga Allah melindungi kita.

@nana kamarul sob sob. isk isk. bisnes, satu dunia yang mencabar dengan adanya orang dengki :(

Deleted said...

oh ayah abg kena jgk ek? susah nak percaya org sanggup bt camni sebenarnya. lg2 bila kita tau sapa dalang. insyaallah lg azab balasan yg dia terima kat akhirat nanti

M Fizan said...

@nurshamila yup. dan tau siapa dalang tu sangat menyakitkan. neraka lar jawabnya. demi Allah yang menciptakan hari pembalasan.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif