Assalamualaikum.
Semalam aku menaip pasal kucing. Pagi ni pasal pepatung pulak. Aku ni bukanlah penjual haiwan peliharaan. Ataupun penjaga Zoo Taiping. Bukan juga penternak haiwan.
Adakah aku seorang yang anti-pepatung? Apakah dosa pepatung kepada keturunanku? Siapakah pepatung dalam hidupku? Mungkinkah pepatung itu nama panggilan kekasihku? Masih banyak lagi misteri yang belum terjawab.
Cis, misteri lar sangat! Sebenarnya fungsi pepatung ni pun sama jugak macam kucing tu. Ekceli pepatung tu tak sedar pun kesalahan beliau. Kerna pepatung tu tak bersalah pun.
Petang semalam aku pergi makan kat kedai moi sup. Macam jugak kucing dalam entri sebelum ni, pepatung tu tak mengganggu adik aku pun. Pepatung tu hinggap di bahu aku dan aku tak perasan pun. Adik aku ternampak dan disangkakannya pepatung tu macam tebuan.
Puaslah umi aku terangkan bahawa pepatung tu tak bahaya. Tapi adik aku takut jugak. Daripada sibuk jaga kucing, dia tukar profesion pulak. Sibuk jaga pepatung, cari mana pepatung tu.
Aku pun macam gambar kat bawah ni. Headache! Aduh!
Nasib baik lar adik aku buat perangai tak lama. Kalau lama, aku akan cari pepatung yang tak berdosa tu dan bunuh beliau. Aku akan cari sekali mak long beliau, pak usu dan anak sedara bernama Temah. Aku akan buru seluruh keturunan beliau sehingga ke busut anai-anai. Ganas tak??
Aku nak makan pun tak selesa. Adik oh adik. Kenapa kau takut sangat dengan serangga dan haiwan yang kecik dari kau tu? Aku pun tak faham. Nasib baik kau baru enam tahun. Kalau enam belas tahun, memang meja lar makanan kau. ^_^
Euro 2012 menghampiri detik pusingan kalah mati dengan aksi Kumpulan A ditamatkan dengan begitu dramatik. Republik Czech menjadi pasukan sulung menempah tiket ke pusingan suku akhir apabila menewaskan tuan rumah bersama, Poland, 1-0. Mereka mara selaku juara kumpulan dengan enam mata.
Dalam perlawanan yang berlangsung serentak, pilihan utama untuk menjuarai kumpulan, Rusia, menjadi mangsa kejutan. Menang bergaya dalam aksi pertama, tiada siapa menyangka Rusia akan tersingkir awal. Greece melakukan kejutan sama seperti aksi magis mereka ketika edisi 2004. Walaupun terikat dengan empat mata, Greece mara berdasarkan peraturan head-to-head selepas mengatasi Rusia 1-0.
Kejutan demi kejutan berlaku. What's next?
p cium s : Kumpulan Maut malam ni..
Dalam perlawanan yang berlangsung serentak, pilihan utama untuk menjuarai kumpulan, Rusia, menjadi mangsa kejutan. Menang bergaya dalam aksi pertama, tiada siapa menyangka Rusia akan tersingkir awal. Greece melakukan kejutan sama seperti aksi magis mereka ketika edisi 2004. Walaupun terikat dengan empat mata, Greece mara berdasarkan peraturan head-to-head selepas mengatasi Rusia 1-0.
Kejutan demi kejutan berlaku. What's next?
p cium s : Kumpulan Maut malam ni..
3 comments:
alahai sian pepatung tu tau
aik?? pepatung pon takut? haha adik abg naz tu laki ka pompuan?
@Iffah Afeefah sian kat abang budak ni! :D
@nurshamila laki la. ada masalah? haha.
Post a Comment