Welcome To My Life...

Thursday, June 14, 2012

Lewat Lagi

Assalamualaikum.

Aduh, termiss hapedette belogge semalam. Ini semua disebabkan tak sempat kerana terlalu sibuk. Macam Perdana Menteri bunyinya. Padahal makan tidur sahaja. Huhu.

Semalam pusingan kedua peringkat kumpulan Euro 2012 menyambung perjalanan kejohanan. Republik Czech menjaringkan dua gol awal untuk membenam Greece 2-1 sebelum tuan rumah bersama, Poland, mengikat Rusia 1-1.

Tapi kelmarin lebih diingati dengan kejayaan skuad kebanggan kita, Harimau Malaya membenam skuad Singa Pura-Pura 2-0 di laman sendiri. Dua gol yang wajar dipuji. Tandukan ke belakang Shakir Ali sambil badannya berpusing bermutu tinggi. 

Gol kedua? Lebih hebat. Sepakan percuma kapten, Safiq Rahim, mengulangi jaringan di tempat lawan dalam perlawanan sebelum ini. Bola melepasi benteng dengan sangat baik dan menerjah jaring dengan kencang. World class. Betul-betul pakar.

Korang mesti hairan. Kenapa aku hari-hari update pasal bola? Well, ini diari aku. Satu hari nanti aku nak baca balik. Dan aku akan kata, "Oh, on that day, perkara tu yang berlaku". Satu hari dalam lembaran sejarah. Wahaha. Sangat pelik.

Tiap-tiap hari tidur lewat sejak Euro 2012 bermula. Buat kakitangan awam yang senasib dengan aku, makanya bangun lewat dan lambat juga pergi ke tempat kerja.

Tapi orang kita memang selalu sangat lewat. Tak ada Euro pun sama jugak. 


Awal lagi ni

Kalau kena masuk sebelum pukul lapan pagi, jam menunjukkan 7.50 barulah nak gerak. Memang lazim sangat. Tak semua lar. Tapi majoriti kakitangan awam memang begini. Dah sebati dalam diri. 

Memang betul. Hakikat! Kalau diubah datang sebelum pukul sembilan pagi, makanya jadual diorang pun berubah, 8.50 baru nak gerak. Apa kes?

Inilah rakyat Malaysia. Ini identiti kita. Jika waktu sudah ditetapkan, hampir waktu itu tiba baru kita akan memulakan perjalanan. 









p palang s : Tipikal..

3 comments:

Deleted said...

takpa abg update pasal euro tu, best jgk. hehe. abg tgh kerja ka?

Unknown said...

kalo update sal bola

sy skip hahaha

M Fizan said...

@nurshamila hewhew. tak kerja pun. saja berbicara pasal masuk kerja lambat :)

@Iffah Afeefah haha. pulak....

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif