Welcome To My Life...

Tuesday, June 19, 2012

Minat dan Keseronokan

Assalamuaikum. 

Mukadimah aku memang pasal Euro 2012. Skrol ke bawah untuk isi entri. Entri aku pernah ada mukadimah ke? Haha. Eh, tak perasan pulak perenggan ni mukadimah. Cis, gagal lagi mukadimah aku. Penat berlatih.

Dua lagi pasukan menempah tiket ke pusingan suku akhir Euro 2012 daripada Kumpulan C. Sepanyol menjaringkan gol lewat permainan untuk muncul juara dengan memungut tujuh mata. Kemenangan tipis 1-0 ke atas Croatia sudah memadai. 

Itali mengiringi kemaraan Sepanyol selepas mudah menewaskan Ireland 2-0. Itali yang mencatat satu kemenangan dan dua seri mengutip lima mata dan akan menentang juara Kumpulan D, sama ada Perancis atau England (jika Ukraine tidak melakukan kejutan).

Okey, baru masuk entri. Haha.


When you do things from your soul, you feel like a river moving in you, a joy.

Satu lagi mutiara kata yang nak aku kongsikan.

Korang perasan tak? Kalau korang buat sesuatu dengan terpaksa, korang akan rasa berat sangat. Rasa tak rela. Rasa tak redha. Haha. Rasa macam malas sangat nak buat. Contohnya, bangun pergi kerja pada hari Isnin. Hoho. Satu lagi contoh, bila buat tugasan aka assignment, rasa berat je tangan. 

Tapi bila buat apa yang kita suka, contohnya macam SMS, dating, dan shopping. Atau apa saja aktiviti yang kita gemar lakukan. Laju je kaki ni melangkah. Tak perlu fikir pun. Itu beza antara suka dan terpaksa. Kenapa ada pekerjaan yang kita suka?

Tepat sekali. Minat. Korang mesti pernah dengar kan madah pujangga ni. "Buat sesuatu dengan minat, dan anda tak akan bekerja seumur hidup". Begitu dalam maksudnya. Kalau kita ada minat nak buat sesuatu kerja, benda tu jadi menyeronokkan. Tak perlu dipaksa. 

Bagi para blogger, blogging adalah contoh terbaik. Kita menulis dari hati. Kita dapat rasa satu perasaan yang tak tergambarkan. Rasa nak update setiap hari. Satu keseronokan untuk terus menaip entri. Bila kita letak jiwa kita dalam bekerja, tidak ada lagi perkataan kerja. Sesuatu itu telah menjadi rutin, sebahagian diri kita.

Jadi walaupun kita tak suka sesuatu benda yang kita kena buat, tanamkanlah minat. Tak ada yang mustahil jika ada keazaman. Macam mana nak timbulkan minat? Enjoy what you do. 










p cium s : Ada blogger terpaksa menaip? 


13 comments:

Eera Shera said...

terbaik la entri ni. betul mcm blogging. kita suka dan rela. x mcm esaimen menyampah haha..hanya blogger yg phm blogger kan

Unknown said...

haih, at my u, i have to belajar all the subject in arabic. but i dont like arabic. but still need to do that.. tapi, can take your word la,, enjoy what you do..hehe

MizzTina said...

akak minat menulis, so..jadila blog akak tu..

msredcheesecake said...

Kalau menulis kerana terpaksa, tak enjoy, mula lah tulis ntahapehape....

Liyana Izzati said...

Lumrah manusia kita suka buat apa yang kita tahu buat. So lets learn all those things supaya kita jadi minat untuk buat semua tu. Paling penting ikhlas. Hahaha. Aku pun selalu gak malas nak buat kerja/assignment. Hahaha.

Zai Zamree said...

T'pksa menaip utk duit lebih????
Leh camgitu :p

Anonymous said...

macam chemay sekarang ni laa.
tak minat nak jadi nurse.
terpaksa gagahkan diri untuk pergi kelas hari,
gagahkan diri utnuk pergi praktikal tiap2 sem.
tapi taktau lah selama mana chemay mmapu bertahan.
:')

Farah Shamsudin said...

ya, memang kena enjoy dgn ap yg kite buat.. enjoy selagi boleh..:)asalkan tak melampaui batas.

Deleted said...

haha tulah pasal. tgh develop minat la ni

cik lala said...

samalah macam kena kawen paksa...

member dok gundah gulana la ni sebab kena kawen tanpa kerelaan hati...huhu...

hati tak rela, macam mana nak terimakan...

M Fizan said...

@Eera Shera haha. no doubt. hanya jauhari kenal manikam. kalau kita suka dan minat, baru kita boleh buat tanpa 'bekerja'. :)

@NOR ERNA SHAFIQAH hehe. try to enjoy it. then u will find the excitement :)

@MizzTina huhu. yeah, sebab akak ada passion :)

M Fizan said...

@msredcheesecake ada orang terpaksa menulis sebab dipaksa penculik, dia tulis kod rahsia. orang mungkin fikir mengarut tapi ada tersirat. erk? haha

@Liyana Izzati hahaha. nak ikhlas tu susah. jadi mari kita enjoy!

@Cik Z@i Pen@nG haha. orang femes macam cik zai boleh lar ....:D

M Fizan said...

@chemay alolo. kesian chemay. huahuahua. demi masa depan chemay. selagi mana hati masih tabah, bertahan ya :')

@Farah Shamsudin huhu. enjoy yang terlampau tak boleh.... tapi enjoy untuk dapatkan passion boleh terima kot. haha memandai je. ^_^

@nurshamila sha cuba sebaik mungkin....:)

@cik lala huhu. tak kenal maka tak cinta cik. hati tak rela tu perasaan sendiri je. just enjoy the marriage. lama-lama hati tertaut la. lain la suami kaki todi, isteri kaki judi. derm!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif