Assalamualaikum.
Dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan daripada tajuk tu? Belum lagi? Okey, cuba baca ayat kat bawah ni. Agak-agak boleh faham tak?
Berhentilah sebelum kamu diberhentikan. Tettt...
Masa meneka dah tamat. Berhentilah korang di simpang jalan sebelum korang diberhentikan daripada bernafas. Beberapa hari ni aku selalu melihat ragam manusia yang tak reti nak berhenti di simpang jalan sama ada terdapat papan tanda BERHENTI ataupun tidak.
Tak sayang nyawa betul diorang ni. Sekurangnya berhentilah sekejap. Bukan pemandu kereta saja yang berlagak urat dawai tulang besi, penunggang motosikal pun angkuh macam nyawa ada sembilan puluh belas ratus juta. Masya Allah. Aku kesian kat diorang ni.
Pagi tadi sorang uncle yang berbangsa India nyaris dilanggar oleh kereta ayah aku. Dia keluar dari simpang melulu je. Macam konfiden dia akan hidup selama-lamanya. Cuba bayangkan kereta ayah aku laju sikit. Tahlil terus pak cik tu. Haha. Aku bukan apa. Kalau nak bunuh diri pun, jangan depan aku.
Penunggang motor ni kena ingat. Langgar pun sakit, kena langgar pun sakit. Kita ni dah lar 'kecik'. Pemandu kereta pun jangan jual ikan (selfish) sangat. Kalau langgar motor selamat lagi. Kereta dengan kereta pun dah sakit kalau laju. Kalau langgar lori, ke batu dua lar jawabnya.
Kita hidup ni biar jadi manusia. Jangan buat jalan tu macam bapak kita punya. Kalau bapak kita Perdana Menteri pun, ajal maut Allah tentukan. Mati katak tengah jalan? Nauzubillah, mintak simpang malaikat 44. Bukan nak doakan. Tapi kalau dah lama sangat buat kerja macam tu, sepandai-pandai mat motor merempit, akhirnya kojol di bawah lori.
Bukannya susah sangat pun nak berhenti sekejap. Itulah masalah orang kita. Kat simpang tak nak berhenti. Bila eksiden, marah orang. Tu pun kalau selamat. Kalau dah arwah, nak marah siapa. Bukan orang tak guna akal tu je susah, pengguna jalan raya lain yang berhemah pun terbabit.
Cuba bayangkan. Kita dah bawak kereta atau tunggang motosikal dengan cermat, dek kerana kecuaian pengguna lain, kita dapat susah. Tak ke teraniaya macam tu? Tak berhenti kat simpang ni salah satu punca kemalangan selalu berlaku. Berhenti walau seketika membawa beza. Anda mampu mengubahnya. ^_^
p palang s : Selalu macam ni..
8 comments:
pemandu motor ni kekadang kita yg bawa kete ni yg kena jaga dia... dia tak sayg nyawa...
Betul betul betuL! Sangat setuju. Tapi ni pun peringatan buat diri sendir juga. Renung-renungkan selamat beramal:D
haha, tau takpe, bengang je rasa kalo tetiba ada moto keluar dengan tiba2
kalo tak langgar takpe gak
kalo tak mmg mau arwah
@msredcheesecake no doubt akak. kita ni tak sakit pun kalau diorang langgar kan.
@nana kamarul yeah, renungan buat diri sendiri jua :)
@Syazana Zainn kalo langgar, batu dua jawabnya. kirim salam maut :D
kdg2 tergopoh gapah nak kejar lampu trafik..
xtahu ke awak tu pertaruhkan nyawa org lain jugak...
Bknnya kalau lampu dah merah, korang kena tgu berjam2 nk lampu hijau..brapa minit je kan..
Sakit hati betul tgok diorg..
Sbbkan sikap "jual ikan" ni lah,org yg xbersalah pun terbabit sama..
@cik lala kejar lampu pun jangan sampai pertaruhkan nyawa kan cik.. lambat sikit takpe asalkan selamat...
banyak eksiden melibatkan orang yang tak bersalah dengan orang yang cuai. sebab sorang yang takde sivik, pengguna jalan raya berhemah jadi mangsa. menyedihkan.
haha first time baca entry pasal ni. sha klu naik kereta kat highway pon mmg dah tegak bulu roma. takut gila. laju satu hal, tak disiplin pon satu hal. pastu ada gk kes yg bt jln tu mcm dy yg punya. mereng
@nurshamila huh, yang selfish gila tu memang patut mati. tapi dalam mati tu turut menyusahkan orang lain. yang tak bersalah pun terlibat. geram!
Post a Comment