Welcome To My Life...

Saturday, June 30, 2012

A Day With Them

Assalamualaikum.

Hari ni 30 Jun. Ya, memang. 30 Jun la. Hari terakhir bulan Jun. Bulan enam ada tiga puluh hari je cik kak. Esok 1 Julai. Haaa, bukan 31 Jun. Aduss, apa aku merepek ni. Tengah pikir punya pikir punya pikir lagi nak buat mukadimah. See. Aku dah taip pun mukadimah aku. Memang selalu gagal pun part ni. Sadis.

Seminggu lagi je sebelum aku berangkat pulang meneruskan perjuangan semester baru pengajian. Keputusan peperiksaaan dah keluar pun. Jadi aku tahu aku perlu lakukan sesuatu yang lebih. Demi masa depan, aku perlu berusaha lebih gigih. Aduhai, mudahnya bercakap kan. 

Issue report untuk subjek Biologi aku tadi dalam proses nak 94% siap. Tapi tengah hari aku outing dengan empat orang sahabat. Member kamceng gua beb. Ini kawan karib a.k.a adik-beradik gua. Lu orang sentuh diorang, bersepai tulang. Haha. Dah sampai lu gua tu memang rapat sangat aku dengan diorang semua.

Rancangan awal nak main boling. Ada je C-Mart di Changlun ni. Tapi gagah jugak diorang ni nak makan angin. Yeah, naik motor, nganga luas-luas, telan angin selama hampir setengah jam. Kitorang menuju pasaraya Aneka. Just a shopping complex. Nothing much. Oh ya, ada pawagam. *Macam lar kat tempat lain takde.

Lepas main boling, we ols pegi karaoke. Cuba melalak selama satu jam. Tapi sepuluh minit awal tergendala kerna sistem yang macam pfftttt. Haaa dah kena censored. Ayat tak lepas tapisan FINAS tu. Masa main boling pun asyik hang je. Rosak mood nak main plus nyanyi pun. Dem!

Selepas sakit tekak menjerit, we ols bergerak ke Taman Tasik Darulaman. Kesian abang yang amik order tu. Mula-mula pesan cendol pulut, then cendol biasa. Akhirnya ABC yang menjadi pilihan. Sori lar yer abang. We ols memang suka menyakat. Hak hak hak. Seterusnya cubaan naik golf cart gagal because kitorang takde lesen P. Sorang pun takde. Cis punya abang yang tak nak kompromi tu.

Akhirnya Plan B terlaksana. Photoshoot sebagai tanda kenangan untuk memahat memori selamanya. Itulah kenangan indah bersama diorang sebelum aku balik ke Shah Alam menuju cita. Oh ya, kitorang semua berbaju seragam hitam. Tak lar seragam ekceli. Tak rancang pun. Tapi semua pakai t-shirt hitam yang bermacam jenis.

We ols lar MEN IN BLACK. Lepas ni boleh buat filem dengan MIG atau Skop Productions. Tapi bukan dua orang lar ejen tu. Kitorang berlima. So hero dah jadik lima orang. Boleh macam tu? Hoho. Pening penonton nak minat hero yang mana satu. Panjang pulak cerita aku. 

11.52 malam. Wassalam.










p palang s : Had so much fun...


4 comments:

Deleted said...

best. tp sha dah boring lepak aneka, benda yg sama ja

aydah ahmad said...

bila kita nak kuar sesama pulakk ? eh :PP

Liyana Izzati said...

Haha. Untunglahhh dapat outing. So bila nak ajak aku pulak ni outing? Belanja ! Belanja!

M Fizan said...

@nurshamila lepak lar cmart changlun pulak. hahaha

@aydah ahmad haha. datang lar aneka. :D

@Liyana Izzati haha. kau datang sini lar. aku belanja. :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif