Welcome To My Life...

Sunday, March 3, 2013

Perjuangan


Malas nak komen pasal kes di Lahad Datu. Kalau menteri hantar tentera, tak perlu ramai polis nak mati. Orang ceroboh wilayah kita, cabar maruah dan kedaulatan kita, masih ajak minum kopi? Dulu peserta perhimpunan Bersih tak diajak berunding. Kenapa rakyat sendiri dianaktirikan? 

Huh, baru tentera Sulu. Belum datang tentera kuasa besar lagi. 

Lupakan itu semua. Esok aku akan memulakan perjuangan. Tanpa peluru. Senjata ilmu. Peperiksaan percubaan A-Level. 17 kertas dalam masa dua minggu. Fuhh, tugas berat menanti. Tapi, aku dah nampak kelapangan selepas itu. Cuti mid sem dua minggu.

17 kertas dalam 14 hari mungkin kelihatan mencabar. Tapi aku pernah menghadapi situasi 10 kertas dalam masa cuma dua hari. Masa tingkatan empat dulu. Walaupun cuma ujian bulanan, keadaan itu sangat kritikal. Aku hanya boleh pasrah. Lepas habis satu subjek, datang satu lagi ujian.

Jawab, tawakal. Jawab lagi, tawakal lagi. Sekurang-kurangnya tempoh masa untuk kali ini lebih panjang. Tapi tahap kesukaran pun berbeza. Dulu cuma ujian bulanan. Tak penting.

Ini peperiksaan percubaan yang keputusannya penting untuk temuduga kemasukan ke International Medical University bulan depan. Ah, stres rasanya. Dugaan demi dugaan. Ujian demi ujian. Bukan untuk melemahkan. Demi menambah kekuatan. Selepas kesulitan, pasti ada kemudahan.

11.55 malam. Masa untuk ke alam mimpi. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif