Welcome To My Life...

Wednesday, June 29, 2011

Harimau Senior Bergaya


Assalamualaikum.. sekalung tahniah dihadiahkan kepada Datuk K. Rajagobal dan barisan anak didik pimpinannya yang menang dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia..

MALAYSIA 2-1 TAIWAN

Beraksi di laman sendiri, Malaysia ditekan hebat Taiwan sejak sepak mula perlawanan.. selepas 15 minit, baru perlawanan seimbang.. dan tidak lama kemudian, Malaysia mula mendapat rentak.. namun, hanya selepas kemasukan Abdul Hadi Yahya menggantikan Helmi Remeli, barulah gawang Taiwan berjaya dibolosi.. Abdul Hadi memulakan gerakan yang disudahkan dengan rembatan kencang melencong dari penjuru kotak penalti oleh kapten, Safiq Rahim pada minit ke-28.. kedudukan kekal 1-0 hingga tamat babak pertama..

Bermula babak kedua, Malaysia beraksi garang dan mendapat jaringan kedua melalui tandukan kencang Aidil Zafuan Abdul Radzak berpunca daripada sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-54.. namun kelebihan dua jaringan Malaysia dipadamkan Chen Po-liang pada minit ke-76 hasil penyudah tajam dalam kotak penalti..

Keseluruhannya, Malaysia beraksi cemerlang.. sesekali penonton dihiburkan dengan permainan menarik dan hantaran kemas.. apabila mereka bermain one-touch football, kelihatan pasukan kita boleh pergi jauh.. tetapi beberapa aspek perlu diperbaiki terlebih dahulu jika mahu berangan ke bintang kejora.. pemain Malaysia tidak boleh melepaskan penguasaan bola dengan begitu mudah.. pasukan Sepanyol terkenal dengan kepakaran mereka menyimpan bola.. jentera serangan juga tumpul dan perlu diperkemaskan.. kecuaian sehingga hilang disiplin ketika bertahan juga perlu dielakkan... hindarkan perasaan terlalu selesa..

Jika aspek-aspek ini diperbaiki, insyaAllah pasukan Malaysia dapat bersaing dengan pasukan hebat yang lain.. kita juara Asia Tenggara.. pemain2 memiliki kualiti yang diperlukan.. skil dan teknik yang baik.. tunjukkan potensi itu 3 Julai nanti.. semoga Malaysia berjaya mara ke pusingan kelayakan seterusnya..

HARIMAU MALAYA , MARI GEGAR TAIWAN !!!

















p/s : Akan ke dunia baru esok....

15 comments:

Alif Haris said...

terbaik lah harimau malaya :D

moga success salu :)

Ceiler Mun said...

tahniah malaysia..


malaysia boleh! :)



^^

miho amyra said...

yeah ! gO harimau malaya ! !

M Fizan said...

@alif haris terbaik!!

insyaAllah success selalu.... :D

@Bella Bell tahniah2... malaysia boleh!!! ^_^

@LittLeMyRashMaLLoW yeah2..go harimau go! :)

Ermizi Muhamad said...

tahniahhh ! nak juga tengok Malaysia beraksi di World Cup ;(

M Fizan said...

@Muhd Aizie insyaAllah malaysia akan ke brazil 2014 dengan doa seluruh rakyat Malaysia..Malaysia Boleh!!! :)

rafina mimi abdullah said...

corak permainan yg cantik di tunjukkan depan gol :)

- said...

YES ! congrats Malaysia...yakin dah akan menang :D

lady-D said...

serius excited tgk tp berdebar gak kot2 last min jd seri..Alhamdulillah MAS menang..best2^^

M Fizan said...

@Mrs.Yie yup2..dari segi tu, permainan malaysia dah meningkat..:D

@Shalina Samsudin YEEHAA!! malaysia boleh! memang yakin..tapi tak sangka menang tipis jer..huhu :D

@d_LA alhamdulillah..menang tetap menang..cuma perlu berhati-hati sikit di tempat lawan lepas nie..best!:D

Kotak Mancis said...

malaysia pasti boleh... lepas nie gulingkan taiwan di sana pulak...
terbaekkkk!!!

( jom lawat )

ct kektus said...

malaysia terbaik~

tapi tak tengok pon perlawanan tu. hehehe

M Fizan said...

@Kotak Mancis / S_Basri hahaha..pasti!! taiwan akan tumbang di bumi sendiri..malaysia boleh!!

@siti kektus hehehe..takpe..janji sokong malaysia ^_^

anez zamri said...

GO GO Malaysia..malaysia memang best :D

M Fizan said...

@SweetLikeWhat GO GO GO.. malaysia semakin maju ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif