Welcome To My Life...

Saturday, June 11, 2011

Maharaja Lawak Minggu 11

Salam.. yuhuu.. blog dikemas kini.. heheh.. padahal semua orang dah tengok Maharaja Lawak.. tak kira.. tak kira.. nak cerita pasal nie jugak.. aku pun ada pandangan.. huhu.. aku hairan jugak lar.. malam tadi masih tiada penyingkiran.. wohoo.. apakah rancangan Astro sebenarnya? Nak teruskan keuntungan melalui undian ke? Belum pernah lagi ada rancangan sebegini melangkaui 10 minggu.. malah siri program Raja Lawak pun biasanya tiba ke kemuncaknya iaitu minggu final pada minggu kesepuluh.. mungkin kerana pencarian maharaja lawak Malaysia, satu pembaharuan diperkenalkan..

Dan saingan pun semakin membahang.. semalam kualiti peserta boleh dikatakan mencapai piawaian yg diharapkan.. penonton di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, juga supportive... sangat membantu dalam menaikkan mood peserta.. mungkin kerana pentas yg rendah dan dekat dengan penonton untuk mendengar lawak dengan jelas.. berbeza keadaannya di PISA minggu lepas yg menimbulkan kekecohan apabila penonton dikatakan tidak sporting.. tapi sebenarnya pentas jauh, tinggi, dan sistem bunyi tidak memuaskan.. panjang dah mukadimah nie.. jom tengok lawak pulak.. hehe.. layannnnn~ :)

BAHAGIAN 1

JAMBU.. masih lagi lawak tentang lelaki menyamar jadi perempuan.. kali nie tentang kelab malam.. orang Pahang gelak tapi aku tak faham.. 3 bintang..


R2.. lawak tentang orang asli yg nampak klise.. tapi masih juga menghiburkan.. 3 bintang..


SEPAH.. membawa lawak tentang bunuh diri.. plot cantik tapi penamat kurang kemas.. dialog dan mimik muka kekal melucukan.. 4 bintang..


NABIL.. gagal mencari karakternya sejak kebelakangan ini tetapi telah kembali meyakinkan.. lawak tentang tukang urut kaki dari Thailand.. 3 bintang..


JOZAN.. persembahan paling menghiburkan untuk minggu nie.. mengeksploitasi semaksima mungkin kemampuan Johan meniru karakter selebriti.. 5 bintang..


BAHAGIAN 2

JAMBU.. ada cerita yg dibawa tentang sepasang kekasih dan props.. tapi lebih menjurus kepada "apa benda nie boleh jadi".. lucu lar.. 3 bintang..


R2.. kreativiti yg paling minima.. jalan cerita juga longgar.. 1 bintang..


SEPAH.. naratif yg kemas.. kreativiti juga di tahap yg tinggi.. sangat menghiburkan.. 5 bintang..


NABIL.. jalan cerita yg menarik dan tidak dijangka.. kreatif.. 4 bintang..


JOZAN.. memang unik.. jalan cerita juga sangat kemas.. 5 bintang..



Keseluruhannya, kualiti para peserta minggu ini sangat memuaskan.. sememangnya orang Pahang bertuah menjadi saksi saingan sengit lawak tahap maharaja.. para peserta begitu kreatif dengan diberi props untuk bahagian kedua.. Jozan dan Sepah memang membuktikan kemampuan mereka di tangga undian pertama dan kedua.. ternyata tiada kesangsian mereka layak berada di tempat mereka sekarang.. Jambu, Nabil dan R2 berada di tangga tiga terbawah.. R2 perlu bekerja keras agar tidak tersingkir semula.. gelanggang minggu ke-12 akan berlangsung di kawasan Sepah..

Jumpa di Johor Bahru minggu depan!!













p/s : Memang terhibur...

5 comments:

fae jamal said...

jozan memang terbaik dr ladang kan..hehe;D

Anonymous said...

chemay gelak kuat betul time tengok jozan punye show.
best!
:)

M Fizan said...

@misz faehehe..kali nie saya setuju :)

@chemay sama lar kita..
jozan best kali nie.. :)

ct kektus said...

baru nk tengok maharaja lawak kat youtube, hohoho

tak sabar~

M Fizan said...

@siti kektus hoho..kat sini kan ada..buat apa cari jauh2 :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif