Welcome To My Life...

Friday, June 10, 2011

Prebiu Maharaja Lawak Minggu 11


Haaa.. nampak tak? Marah betul aku... eh, assalamualaikum.. salam sejahtera.. mahunya aku tak marah.. nak follow orang pepagi nie payah betul.. widget follower main sorok2 lagi.. huhu.. yg follow aku tapi tak tinggal jejak tu sori banyak2 yer.. nanti dah nampak widget follower, aku cari korang balik.. jangan ingat aku sombong pulak.. aku nie sangat baik hati [perasan kejap].. okey2.. cukup merepek.. entri hari nie tak ada kaitan dengan muka huduh di atas.. haha..

Maharaja Lawak dah memecah tradisi rancangan realiti TV nampaknya.. minggu nie adalah minggu ke-11 saingan berlangsung.. biasanya final akan diadakan pada minggu ke-10.. tapi minggu nie belum final lagi.. jadi berapa lama lagikah sebenarnya Maharaja Lawak akan terus bersiaran di Astro Warna dan youtube?? Bukan itu yg nak menjadi fokus entri aku pagi nie.. haha.. mukadimah panjang...... sebenarnya meh kita prebiu para peserta sebelum siaran langsung Maharaja Lawak malam ini dari Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang..

JAMBU
Lawak minggu lepas seperti memperbodohkan diri di atas pentas.. penonton cuma mengetawakan figura lawak yg tidak membawa sebarang pengajaran.. boleh dikategorikan lawak budak2.. dengan lawak yg diulang2, peserta yg kian diminati ini perlu berusaha mencari idea yg lebih segar dan kreatif untuk menyerlah minggu ini..

JOZAN
Peserta pilihan yg diminati ramai.. lebih banyak dibantu populariti berbanding prestasi yoyo.. minggu lepas lawak mereka kreatif dengan kajian yg teliti dan mendalam tentang lelaki lembut.. tetapi lawak sebegitu amat klise.. cuma telatah yg lucu membantu menambah seri persembahan.. perlu mencari kelebihan diri yg menjadikan mereka gandingan hos Raja Lawak musim kedua hingga kelima..

R2
Gandingan adik-beradik yg diundi masuk ini gagal meneruskan konsistensi persembahan.. lawak tentang tukang gunting rambut minggu lepas boleh dianggap gagal mencapai piawaian.. punchline yg lemah.. lawak juga biasa didengar.. mereka perlu mencuba idea yg lebih kreatif atau bersedia untuk berdepan dengan risiko tersingkir semula..

SEPAH
Calon juara Maharaja Lawak.. konsisten sejak minggu pertama Raja Lawak 3 lagi.. tidak pernah mengecewakan para peminat mereka.. lawak minggu lepas tentang bidan.. mereka membawa identiti lawak Melayu.. malah dalam berjenaka, mereka sempat menyelitkan mesej dan pengajaran.. mungkin inilah yg memberikan mereka keistimewaan di mata penonton..

NABIL
Diakui dengan status peserta solo tunggal yg kekal bersaing, Nabil berhempas pulas untuk menandingi gandingan peserta berkumpulan yg lain.. lawak minggu lepas tentang penculikan kanak-kanak.. kelihatan lebih lucu berbanding lawak Jambu dan R2.. tetapi masalah konsistensi mungkin membuatkan kemungkinan Nabil menyerlah minggu ini dalam keraguan..


RAMALAN

R2 atau Nabil bakal meninggalkan pentas saingan..

Itu saja prebiu ikhlas.. hehe.. harap2 peminat para peserta yg dikritik jangan marah maki hamun aku yer.. aku nie bukan lar tahap pengkritik Ogy Ahmad Daud dan Adlin Aman Ramli.. tapi aku juga ada hak bersuara kan.. huhu.. peserta mana yg akan menyerlah minggu nie? Kita sama-sama nantikan..... wassalam :)















p/s : Tak nampak widget follower... adesss...

16 comments:

Hans Hanis said...

tak sabar tunggu persembahan Sepah

Review Filem KL Gangster

syufaa said...

ahahaha! xsbr ni nk tgk!!!

M Fizan said...

@Hans sama lar kita.. konsisten..haha

@syufaa haha..sabar2..tgk kt youtube jer..kui kui :D

Golden Rose said...

mcm best je tapi sha mmg tak tgk...thanks for following

Ceiler Mun said...

setuju dengan awak.. sepah memang tak pernah mengecewakan.. rasanya semua orang ramal sepah akan jadi maharaja lawak...

tapi saingan sengit mereka ialah jozan.. jozan banyak kelebihan di sini.. kan?

berdoa yang terbaik buat sepah.. :)

fae jamal said...

suka sepah!;)

Wan Sandx said...

papepon sepah mmg terbaekk la, gua mmg minat sepah sioott

Ain Zulaikha said...

semau hebat2 kot.... R2 or nabil je yang kureng sikit sekarang ni

Unknown said...

erk takutla tgk gambo tu

adehh

tuko la

ct kektus said...

sepah, sepah, sepah, ;)

sempoi r dorang, i loike!!

Mohamadazhan.com said...

aku dah lama tak tgk maharaja lawak ni....lepas ni nak p layan kat utube...

aku minat sepah...haha

M Fizan said...

@Golden Rose rugi seumur hidup lar kalau sha tak tengok..hehe..you're welcome :)

@Bella Bell yes2..tepat sekali..kecuali penyokong peserta lain x ramal sepah jadi juara..huhu..

jozan ada kelebihan populariti..jadi saingan agak sengit..insyaAllah yg terbaik akan menang ;)

@misz fae sama lar kita ^_^

@Wan Sandx gua pon..terbaik dari ladang~

M Fizan said...

@Ain Zulaikha hehe..semua hebat..tapi sepah akan jadi maharaja lawak malaysia :D

@Miss Ran haha..terkeluar topik komen nie..tak nak tuko sebab ada kaitan :D

@siti kektus sepah! sepah! sepah! hehe..sempoiii..mantopppp!

@Mohamadazhan hjDesa haha..bagus2..kita sama..tak payah cari kat youtube..kat blog nie pun ada bro..:D

M Fizan said...

aikkk..semua fans sepah jer komen..fans peserta lain merajuk ke? hehe.. maaf~

suha said...

dah terjatuh ati ngn jozan (^_^)
mak jemah n gugurl hikhik

M Fizan said...

@suhahikhik..semalam jozan memang power :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif