Welcome To My Life...

Tuesday, June 21, 2011

Ulang Tahun Gangster Juvana

Assalamualaikum.. haaa.. tradisi Lelaki Dari Marikh memang suka dan gemar akan entri rojak.. kih2.. jadi mari kita tengok macam2 hal 3 dalam 1.. apa yang hebat sangat dengan ulang tahun gangster juvana?

ULANG TAHUN
Selamat ulang tahun kelahiran ke-16 buat adikku yang tersayang, Muhammad Naqif Md Fared.. malam tadi dah bagi kad.. nak bagi kek tak mampu aku nak beli.. haha.. jadi nie lar hasilnya.. gambar kek pun boleh, kan? ^_^

Ada lagi hadiah.... dua rangkap sajak berbahasa omputeh.. hoho..

Fighting, biting and scratching, our childhood went by,
I will always love you even if you keep making me cry,
This goes, to a brother whom I love the most,
On your birthday, to our friendship, here's a toast!


You're the most mischievous person I have ever known,
I know you so well, for together we have grown.
You mean so much to me that words can never say,
Please never ever forget me, dear brother, this is what I always pray.

Semoga bahagia selalu, berjaya dalam hidup, dipanjangkan usia dan sentiasa dirahmati Allah... :)
walaupun kau selalu cari pasal sampai aku rasa nak tinju kau, kau tetap adik aku, kan?

Moral : Air dicincang tak akan putus...

GANGSTER
Pengarah muda berbakat, Syamsul Yusof dalam blognya, Burn & Soul, mengumumkan kutipan filem KL Gangster arahannya telah mencipta sejarah baru dunia perfileman negara.. KL Gangster telah berjaya melepasi kutipan RM11 juta, sekali gus menjadi penanda aras baru dalam dunia perfileman di Malaysia.. selama ini RM 10 juta menjadi halangan yang sukar dilepasi mana-mana pengarah.. tetapi bro Syamsul telah berjaya membawa penonton2 Malaysia ke pawagam dengan kualiti filem tersebut yang mendapat banyak pujian.. ini juga menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia yang gemar ke pawagam.. tahniah diucapkan kepada bro Syamsul..

Moral : Kalau kita beri apa yang orang nak, kita akan dapat apa yang kita nak..


JUVANA
Semalam Juvana episod 9 membawa satu isu masa kini yang hangat diperdebatkan.. PEMBUANGAN BAYI.. apakah punca masalah ini? Sudah tentu ibu bapa yang mengejar kekayaan dunia lantas mengabaikan anak2, pergaulan bebas dan hiburan melampau.. remaja hari ini kian membimbangkan.. pandai buat anak, tapi kenapa tak jaga? Buang merata-rata.. dalam cerita ini masih sopan, watak utama (Ayam/Haris) tinggalkan bayi luar nikahnya di semak.. sebenarnya dalam dunia realiti, janin bayi ditanam malah dicampak dari tingkat 5.. binatang pun sayang anaknya dan tak sanggup buat macam tu..

Moral 1 : IBU BAPA, awasi perlakuan anak2 anda..

Moral 2 : Jadilah insan yang bertanggungjawab..

Moral 3 : Membuang bayi adalah satu jenayah..

Moral 4 : Zina itu satu dosa besar..

Moral 5 : Ada manusia yang lebih teruk daripada haiwan..



Haaa.. itulah kisahnya... aku harap korang nampak pengajaran yang aku cuba sampaikan.. kita jangan baca apa yang tersurat saja, cuba renungkan apa yang tersirat.. hehe.. renung-renungkan.. selamat beramal..

MORAL OF THE ENTRY
Apa yang tak terlihat dengan mata kasar, boleh dibaca dengan mata hati.. :)
















p/s : Addicted to Juvana....

14 comments:

Fyqa said...

juvana smlm mmg da best.

get moral ;)

Unknown said...

tu gmbr adik ko ye? die nmpk matang.. :)

Santan Berlada said...

slmt ulangtahun tuk adeq kamu...^^

aishareoils said...

huu..nk tgok KL gangster..sob3

anez zamri said...

Hhaha..bagus2..senang baca semua cerita satu entri..nice :D

Nikmat & Kehidupan said...

haapy birthday utk ur adik :)

cite juvana tu byk moral value..duke :)

Far8 budak baik said...

haha tak dpt kek
gambar kek un jadi arrrr...
hahahaha =p
peh peh..
aku pun tgk juvana tu..
mmg lyn lahh..

Unknown said...

huhu..selamat hari lahir..
tak sabar nk tunggu juvana minggu depan

Hans Hanis said...

wah
complete 3 sekali
selamat hari lahir kepada adik ekau
juvana memang best
lagi 4 episod lagi nak habis
KL Gangster memang terbaik

Wanita Sensitif Kan? Setuju Tak?

M Fizan said...

@Fyqa hehe...sebab tu juvana satu2nya drama melayu yang saya tengok..sangat bermoral..:D

@Heidi Shafiq hehe..tengok lar adik sapa..macam abang dia jugak lar..hahahaha... :)

@Shamsuddin Amin tenkiu2..saya berterima kasih bagi pihak beliau...^_<

M Fizan said...

@Ecah Ecot huhu..jangan sedih..saya pun tak tengok lagi..hahaha

@SweetLikeWhat huhu..entri bebanyak nie menjengkelkan..senang buat semua cerita dalam satu..hoho :D

@munirah thanks bagi pihak adik saya :)

sangat bermoral lar juvana..sebab tu saya suka.....:)

M Fizan said...

@Far8 budak baik haha.. gambar kek menggantikan kek.. kui2 :P

ramai orang suka..aku salah sorang..memang drama melayu paling best..layannnnnn~

@apik pehe thanks apik..
memang tak sabar dah nie..huhu :D

@Hans complete, complete..3 in 1..:D

thanks hans...
juvana semestinya best..yeke 4? cun2
KL gangster aku belum tengok..sob2 :(

suha said...

hepi besday gak tok die (^_^)

mata hati kdg2 lebih tepat dr mata kasar

M Fizan said...

@suha tenkiu yer..mewakili adik saya..huhux..

mata hati sememangnya lebih tepat..cuma payah nak guna mata hati..huhu :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif