Welcome To My Life...

Saturday, September 1, 2012

Kita Belum Merdeka

Assalamualaikum.

31 Ogos tiba lagi 
Menggamit memori
Lima dekad berlalu 
Kita masih dibelenggu
Jasad saja merdeka
Bakinya kecewa

Oh hoi. Berpuitis kejap. Belum dapat lawan Sasterawan Negara. Dem!


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah. Syukur ke hadrat Allah sudah 55 tahun negara kita dibebaskan dari belenggu penjajahan British. Kita boleh hidup aman damai, tanpa peperangan seperti di negara bergolak. Kita boleh hidup bebas. Terlalu bebas sehingga anak-anak muda hari ini sudah menjadi terlalu liar. Lebih liar jika dibandingkan dengan binatang di rimba. Meski jenayah hari ini berleluasa sehingga kita takut untuk berjalan bersendirian, kita masih selamat berbanding di negara lain.

Kita boleh hidup berbilang bangsa dan budaya tanpa masalah besar. Ketepikan rusuhan kaum 13 Mei 1969, sehingga kini kita masih dapat bergaul dengan bangsa-bangsa lain dalam negara demokrasi yang harmoni. Abaikan diorang yang cuma menyebabkan pergaduhan antara kaum. Abaikan diorang yang bersifat perkauman. Kita semua tahu, kita adalah rakyat Malaysia. Kita bisa hidup bersama.

Ya, benar. Fizikal kita merdeka. Tetapi tidak mental, ekonomi, dan pentadbiran kita. Aku suka dengar khutbah Jumaat semalam di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam. Berhampiran dengan Kolej Cemara yang aku diami. Khatib berkata; ekonomi kita masih belum merdeka dari belenggu penjajahan. Ekonomi dan pentadbiran kita masih ikut cara barat. Lalu bagaimana kita mahu mengakui kita sudah merdeka?

Anak-anak muda. Berfesyen dengan gaya kebaratan. Bersosial seperti orang-orang barat. Hilang sudah budaya timur yang menjaga batas-batas pergaulan. Lenyap sudah ajaran Islam yang memberi pedoman. Sirna sudah rasa malu yang menjadi perisai iman. Lalu bertimbunlah kes-kes yang dulunya jarang kita dengar. Kini sudah menjadi penghias di dada akhbar. Dulu kita berkerut dahi bila terbaca. Kini berita-berita itu sudah terlalu biasa. 

Benarkah kita sudah merdeka? Adakah definisi merdeka hanya untuk fizikal sahaja? Aku suka konklusi yang khatib semalam berikan. Tidak ada seorang pun yang benar-benar merdeka hari ini. Jika fizikalnya merdeka, ekonominya tidak. Jika ekonomi bebas, hiburan pula dijajah. Hiburan hari ini tidak ikut cara Islam, dan kita dikongkong oleh hiburan cara barat. Fikir-fikirkanlah. Sesungguhnya kita belum merdeka.











p palang s : MERDEKA!!


3 comments:

Unknown said...

mostly dorg pikir merdeka tu bebas dari penjajahan .

dorang tak nampak maksud tersirat . then pandai melaungkan merdeka je

teha said...

selamat hari merdeka :)

M Fizan said...

@RealNS pabila merdeka di bibir saja....

@teha thankyouu :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif