Assalamualaikum.
Satu lagi hari berlalu membawa seribu satu pengajaran untuk dihayati. Banyak yang boleh kita pelajari setiap hari, jika kita insan yang berfikir dengan mata hati. Jika kita mahu belajar dari kesilapan insani.
Aku ada beberapa madah pujangga yang nak dikongsikan. Madah ni memang sangat puitis, romantis lagi gramatis. Oleh sebab madah ni in English, maka aku akan terjemahkan dan bagi sedikit penerangan. Sangat menarik untuk dihayati. Sekadar renungan dan muhasabah diri.
Don't judge a person by what others say. The person maybe true to you, but not to others. Because the same sun which melts the ice, hardens the clay.
Kita janganlah nilai seseorang itu berdasarkan pandangan orang lain terhadapnya. Mungkin di depan orang lain, dia hanya berselindung di sebalik 'topeng'. Mungkin dia tidak menunjukkan dirinya yang sebenar. Mungkin dia hanya selesa menjadi dirinya sendiri di depan kita. Kita boleh dengar persepsi orang lain tapi tak seharusnya percaya. Dia mungkin jahat bagi orang lain, tapi baik bagi kita. Seperti juga matahari. Ketika ia mencairkan ais, ia juga mengeraskan tanah liat.
Before you assume, learn the facts. Before you judge, understand why. Before you hurt someone, feel. Before you leave, commit to staying.
Sebelum kita membuat andaian, kaji fakta. Sebelum kita menghukum, faham dulu sebabnya. Sebelum kita nak sakiti hati orang, rasa dulu jika kita berada di tempatnya. Sebelum kita nak mengalah dan pergi, berusaha sebaik mungkin untuk bertahan.
What comes easy, won’t always last. What will last, won’t always come easy.
Apa yang datang dengan mudah, tidak selalunya kekal. Apa yang akan kekal, tidak selalunya datang dengan mudah.
Akhir kata, semua madah ini memberi kesan yang mendalam bagi aku. Membuatkan aku berfikir dan terus berfikir. Semuanya menarik. Aku hormat siapa yang mengeluarkan madah ni. Sangat arif tentang kehidupan. Begitu berpengalaman sehingga mampu membuat kesimpulan. Korang cuba hadam semua madah ni. Aku percaya korang akan menjadi lebih baik. Percayalah.
p sepak s : Sentiasa bertahan..
3 comments:
last quote tue paling terkesan. masih mencari ketenangan abadi dalam hidup nie. tapi memang susah nak dapat ketenangan tu. cuma mampu berdoa pada Allah supaya hati ni sentiasa tenang.
alhamdulillah, mmg betul2 renungan. nak copy!! hehe
@mirmashi94 kepada Allah jua kita berserah :)
@nurshamila hehe. silakan. muhasabah diri :)
Post a Comment